Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple A16 Bionic Didakwa Atasi Skor Prestasi Snapdragon 8 Gen 2

Apple A16 Bionic Didakwa Atasi Skor Prestasi Snapdragon 8 Gen 2

Diterbitkan November 23, 2022 · Dikemas kini November 23, 2022 oleh Firdaus

Pada minggu lepas, Qualcomm telah mengumumkan cip andalan terbaru mereka iaitu Snapdragon 8 Gen 2 yang bakal menjadi pemacu utama telefon pintar flagship akan datang.

Walau bagaimanapun, terdapat sumber yang menyatakan cip tersebut tidak dapat bersaing rapat dengan A16 Bionic dari Apple.

Snapdragon 8 Gen 2 Antutu Geekbench

Menurut dakwaan DealNTech, Snapdragon 8 Gen 2 mencatatkan skor sebanyak 1483 mata dalam teras tunggal dan 4709 mata dalam teras pelbagai.

Sebaliknya, cip A16 Bionic pula berjaya mencapai skor setinggi 1874 mata dalam teras tunggal dan 5372 dalam teras pelbagai.

iphone 14 a16 chip graphics chart

Keputusan itu tidak mengejutkan sekiranya benar. Hal ini kerana cip Apple terdahulu, A15 Bionic pun mencatatkan skor penilaian yang lebih tinggi – 1709 (A15 Bionic, teras tunggal).

Qualcomm menyatakan, cip Snapdragon 8 Gen 2 bakal merevolusikan dimensi telefon pintar flagship pada tahun 2023 nanti.

Berbanding Snapdragon 8 Gen 1, SD Gen 2 dibina berasaskan nod pemprosesan teknologi 4nm daripada TSMC yang menawarkan 35% peningkatan prestasi CPU dan 25% dalam kecekapan penggunaan kuasa.

Berkaitan

  • Meta Perkenal Ciri Halang Perbualan 'Mencurigakan' Antara Pengguna Dewasa Bersama Remaja
  • Spotify Tawar Ciri Tapis Bunyi Latar Yang Bising Untuk Pencipta Kandungan
  • Selepas Lebih 9 Tahun Berkhidmat, Kesemua 7 Edisi Windows 8.1 Ini Bakal Ditamatkan Tahun Depan
  • Pengguna Android 13 Mula Terima Kemas Kini Bagi Bulan November
  • Twitter Kelam Kabut, Pakar Keselamatan Saran Pengguna Padam DM Segera

Sumber: Macrumors

Gambar utama: Macrumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY