Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Prepaid_KingKong_KV_9 final_BM

U Mobile Tawar Data 5G Dan Kelajuan Tanpa Had Di Hujung Minggu Untuk Pelan Pra Bayar

Diterbitkan November 23, 2022 ยท Dikemas kini November 23, 2022 oleh ariff bukhari

U Mobile merancakkan lagi rangkaian 5G dengan menawarkan data tanpa had setiap hari Sabtu dan Ahad khusus untuk pelanggan pelan Pra Bayar U35 dan U40.

Malah U Mobile juga menawarkan kelajuan tanpa had untuk dinikmati pelanggan pelan pra bayar tersebut.

Tawaran ini secara automatik ditawarkan kepada pelanggan Pra Bayar U35 dan U40 apabila tibanya tengah malam hari Sabtu dan akan tamat pada jam 11.59p.m hari Ahad.

Prepaid_KingKong_KV_9 final_BM

Bagi membolehkan pelanggan menikmati kelajuan 5G itu, pelanggan mesti berada dalam kawasan liputan rangkaian 5G dengan peranti yang serasi.

Bagi pelanggan yang tidak berada dalam kawasan rangkaian 5G atau tidak memiliki peranti yang serasi pula, mereka masih boleh menikmati kelajuan data tanpa had pada rangkaian 4G U Mobile.

Untuk menikmati Hujung Minggu 5G Tanpa Had U Mobile secara percuma ini, pelanggan U Mobile hanya perlu menebusnya setiap minggu melalui aplikasi MyUMobile.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelan Pra Bayar U35 dan U40 dari U Mobile ini, layari laman rasmi U Prepaid – Prepaid Plan | U Mobile.

Berkaitan

  • Pelanggan Unlimited Hero P139 Turut Terima 5G Dengan FUP 1,000GB
  • Senarai Prabayar Dan Pascabayar Yang Disertakan 5G Sekarang
  • Meta Perkenal Ciri Halang Perbualan 'Mencurigakan' Antara Pengguna Dewasa Bersama Remaja

Sumber: Media U Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY