Hari ini, Infinix Malaysia telah merasmikan kehadiran rekaan terbaru untuk model telefon pintar mereka yang terkini iaitu siri Infinix NOTE 40, model standard dan Pro.
Rekaan ini telah dibuat khas oleh pihak BMW Design Works dengan berbekalkan inspirasi daripada kereta lumba jenis hibrid, BMW X5 untuk menampilkan rekaan luaran serta dalaman dengan konsep “Racing Edition”.

Spesifikasi kedua-dua model masih lagi sama di mana versi standard dijana oleh cip MediaTek Helio G99 Ultimate manakala versi Pro menggunakan MediaTek Dimensity 7020.
Tidak ketinggalan juga yang dua-dua model diterapkan jenis skrin yang sama iaitu AMOLED 6.78 inci dengan kadar segar semula 120Hz.
Kamera utama juga adalah sama iaitu 108MP serta bateri lengkap dengan kapasiti 5,000mAh yang berbeza kaedah pengecasannya yang mana terdiri daripada 45W berwayar + 20W wayarles untuk model Pro dan 33W berwayar + 15W wayarles untuk standard.
Perbezaan lain yang disediakan adalah RAM maya untuk model standard iaitu 24GB manakala 16GB untuk model Pro.
Tambahan lagi, rekaan “Racing Edition” ini juga turut hadir sekali untuk beberapa aksesori tambahan lain dalam satu pakej khas yang di dalamnya terdapat fon putik, jam pintar, MagPower dan lain-lain.

Malangnya, ia tidak tersedia untuk pasaran Malaysia.
Namun, ketetapan harga untuk siri Infinix NOTE 40 Racing Edition ini adalah seperti di bawah.
- Infinix NOTE 40 Pro Racing Edition (8GB + 256GB) = RM1,098
- Infinix NOTE 40 Racing Edition (12GB + 512GB) = RM1,299
Beli produk siri Infinix NOTE 40 Racing Edition dengan percuma MagPower Racing Edition di:
Shopee – https://invl.io/clklmh5
Lazada – https://invol.co/clklmh9
{suggest}
Sumber: Siaran Media Infinix Malaysia
