Umum tahu Samsung Galaxy S22 Ultra, peranti berstatus andalan daripada Samsung, merupakan pengganti kepada siri Galaxy Note.
Pendek kata peranti ini paling premium dan class dalam kalangan peranti Samsung.
Walau bagaimanapun artikel ini bukanlah untuk memfokuskan pada spesifikasi yang ada pada S22 Ultra, jadi kalau anda nak baca tentang spesifikasi, boleh rujuk pautan ini.
Tujuan artikel ini adalah untuk berkongsi dengan anda pengalaman saya sepanjang seminggu menggunakan peranti Samsung Galaxy S22 Ultra sebagai seorang ‘traveller‘.
Tulis nota sambil luangkan masa
Bila sebut tentang ‘travel’, tentunya apabila bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
Jadi, untuk memanfaatkan pengalaman menggunakan Galaxy S22 Ultra sambil travel, saya ambil kesempatan untuk naik kenderaan awam seperti LRT, MRT dan Grab.
Sambil saya tunggu untuk sampai destinasi, S Pen pada peranti ini sebenarnya telah membantu saya menggunakan masa yang terluang dengan melukis dan juga menulis nota.
Penulisan menggunakan S Pen ini memang terasa lancar sahaja dan lebih menarik lagi, sambil menulis, turut ada kesan bunyi seolah seperti sedang menulis atas kertas yang betul.
Perincian yang disertakan oleh Samsung ini memang mengagumkan saya.
Main lagu guna S Pen
Bukan setakat tulis nota sahaja, S Pen pada S22 Ultra ini pun boleh digunakan untuk mainkan lagu.
Biasanya apabila travel, terutamanya travel secara solo, pastinya kita akan pasang fon telinga dan mula dengar lagu untuk menemani perjalanan kita.
Ketika saya mainkan lagu dengan Galaxy S22 Ultra, saya juga telah gunakan S Pen sebagai fungsi untuk main, berhenti dan main muzik seterusnya.
Bukan itu sahaja, untuk kuatkan dan perlahankan kelantangan, serta mainkan muzik sebelum atau seterusnya juga menggunakan S Pen, dengan melukis gesture atas, bawah, kiri dan kanan.
Pengalaman guna kamera yang versatile
Nak cakap tentang S22 Ultra, tak sah kalau tak cakap tentang kameranya.
Galaxy S22 Ultra hadir dengan kamera yang sangat versatile. Untuk solo traveller macam saya misalnya, lensa periskop pada peranti ini sangat membantu untuk memberikan kualiti gambar yang memuaskan.
Dengan 1x atau 3x zum, saya boleh dapatkan gambar portrait yang tajam dan jelas kelihatan bentuk muka. Dengan 10x zum, saya dapat mengambil gambar bangunan atau monumen dari jauh dengan cantik. Manakala dengan sudut lebar, saya dapat mengambil gambar pemandangan yang luas.
Tapi bagaimana pula kalau travel seorang diri tapi tak ada sesiapa boleh ambilkan gambar diri sendiri?
Di sinilah S Pen turut boleh berfungsi. Anda hanya perlu letakkan kamera pada angle yang diinginkan dan tekan butang pada S Pen untuk tangkap gambar anda.
Kesimpulan
Walaupun saya hanya menggunakan peranti ini dalam masa yang singkat, apa yang saya boleh katakan pengalaman saya cukup memuaskan.
Pendek kata, peranti Samsung Galaxy S22 Ultra ini sesuai untuk digunakan oleh golongan traveller.
Jika anda berminat untuk dapatkan Samsung Galaxy S22 Ultra, boleh beli di:
Shopee: https://invol.co/cl9yi6u
Lazada: https://invol.co/cl9yi8l
Baca juga:
- (Ulasan) Samsung Galaxy S22 Ultra, Cukup Handal Bawa Legasi Note
- Reaksi Awal Samsung Galaxy S22 Ultra – Bangkitnya Note Dengan Nama Baharu
- Telefon Ni Kamera ‘Flagship’, Gambar Padu Tapi Harga Masih Mampu