Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

5 Fungsi S Pen Galaxy S22 Ultra Yang Patut Anda Gunakan

Posted on April 26, 2022April 28, 2022

Samsung Galaxy S22 Ultra telah pun dilancarkan untuk pasaran tempatan dalam bulan Februari lalu.

Galaxy S22 Ultra merupakan siri peranti paling premium dan berstatus andalan daripada Samsung setakat ini dan ia merupakan ‘permulaan’ era baharu buat siri Galaxy Note yang sudah sekian lama tidak dilancarkan.

Peminat Galaxy Note pastinya perlu membiasakan dengan Galaxy S22 Ultra kerana sokongan aksesori S Pen terbina pada peranti ini bolehlah dianggap sebagai masih baru.

Jadi, apa yang menarik boleh anda lakukan dengan S Pen bersama Galaxy S22 Ultra ini khususnya dalam penggunaan harian anda di peranti tersebut?

1. Terjemah bahasa

Menggunakan Galaxy S22 Ultra bersama S Pen lebih mudah dan menyeronokkan kerana kepelbagaian fungsinya.

Salah satunya adalah keupayaan menterjemah bahasa dari teks. Anda hanya fokuskan  pada perkataan yang mahu diterjemah ke bahasa lain dan secara automatik tetingkap terjemahan akan dipaparkan.

Malah anda juga boleh memainkan audio untuk perkataan tersebut.

2. Rakam foto

Apabila anda ingin merakam gambar anda sendiri pula pada jarak yang sedikit jauh, mungkin berlaku situasi di mana anda perlu meminta bantuan orang lain untuk mengambil gambar.

Tetapi dengan adanya S Pen, anda boleh jadikannya sebagai alat kawalan jauh bagi merakam gambar anda itu.

Untuk mengaktifkan aplikasi kamera pada Galaxy S22 Ultra juga boleh dikawal dengan hanya menekan butang S Pen sahaja.

3. Membesarkan paparan

Jika anda alami rabun jauh mahupun dekat, ciri membesarkan (magnify) paparan dari S Pen amat membantu.

Jadi anda boleh melihat dengan lebih jelas imej atau teks yang dipaparkan dengan memilih saiz pembesaran iaitu dari 150% hingga 300%.

4. Menulis dan Melukis

Sudah tentunya ciri utama S Pen adalah ia berupaya bertindak sebagai alat untuk menghasilkan maha karya lukisan terindah anda.

Ataupun menulis dan secara automatik Galaxy S22 Ultra mentafsirkan tulisan yang ditulis anda ke dalam bentuk teks sempurna.

5. Nyah kunci peranti

Salah satu ciri tersembunyi yang mungkin anda tidak tahu ada pada S Pen adalah ia membolehkan anda nyah kunci peranti.

Berikut adalah cara mengaktifkan ciri S Pen tersebut:

  1. Buka Settings dan tap pada Advanced features > S Pen > S Pen unlock
  2. Tap Use S Pen unlock > OK

Sebenarnya terdapat banyak lagi ciri-ciri lain yang disokong oleh S Pen bersama Samsung Galaxy S22 Ultra.

Tetapi 5 tips penggunaan S Pen yang dikongsikan di sini pastinya yang paling kerap akan digunakan serta bermanfaat untuk anda.

Samsung Galaxy S22 Ultra 5G merupakan sebuah peranti premium Android terbaik yang ada di pasaran ketika ini.

Galaxy S22 Ultra 5G berharga dari RM5,099.00 hingga RM5,499.00.

Baca juga:

  • (Ulasan) Samsung Galaxy S22 Ultra, Cukup Handal Bawa Legasi Note
  • Reaksi Awal Samsung Galaxy S22 Ultra – Bangkitnya Note Dengan Nama Baharu
  • Telefon Ni Kamera ‘Flagship’, Gambar Padu Tapi Harga Masih Mampu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress