Poco F4 GT Akhirnya Masuk Malaysia - Dijana Snapdragon 8 Gen 1, Harga Permulaan RM2299

Tidak seperti abangnya, POCO F3 GT yang hanya eksklusif untuk pasaran China dan juga India, POCO telah mengubah pendekatan mereka untuk tahun 2022 ini. POCO telah melancarkan peranti baharu POCO F4 GT di peringkat global dan akhirnya menembusi pasaran tempatan jua.

Model POCO F4 GT menampilkan rekaan estetik, unik dan elegan berbanding dengan model terdahulu POCO F3 GT. POCO menawarkan 3 warna untuk POCO F4 GT dengan pilihan Stealth Black, Knight Silver dan Cyber Yellow dengan sentuhan ala-ala Cyberpunk 2077.



Antara tarikan utama dalam pelancaran ini adalah pengecas 120W Hyper Charge daripada POCO. Ini merupakan kemunculan pertama ciri pengecasan tersebut daripada POCO dan ia didakwa mampu mengecas POCO F4 GT daripada 0% hingga 100% dalam masa 17 minit sahaja.



Peranti ini dikuasakan cip terpantas Snapdragon 8 Gen 1 dengan konfigurasi memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman UFS 3.1 sehingga 256GB.

Dilengkapi paparan seluas 6.67 inci berpanelkan AMOLED 120Hz dan dimuatkan bateri sebesar 4700mAh dengan sokongan pengecasan pantas 120W.

Bahagian kameranya tidak diketepikan, tampil dengan kamera utama 64MP, 8MP sudut ultra lebar dan 2MP makro. Sementara 20MP pula ditugaskan untuk lensa swafoto.

Selain itu, turut ditawarkan 4 pembesar suara dan hadir dengan butang fizikal magnetik (mirip black shark). Jadi, sudah pasti POCO F4 GT akan menjadi pilihan para gamer di luar sana.

POCO F4 GT dijual pada pada tanda harga RM2,299 untuk variasi 8GB+128GB dan RM2,499 untuk variasi 12GB+256GB. Walau bagaimanapun, POCO menawarkan harga istimewa bermula 28 April ini hingga 7 Mei untuk pembelian awal dengan tanda harga RM1,999 dan RM2,1999 untuk kedua-dua variasi.

Sumber: Siaran Akhbar POCO

Baca juga: