Siri CPU 'Gaming' Berkuasa, AMD X3D Bakal Hadir Februari Ini

Awal Januari lepas, AMD telah melancarkan siri Zen4 X3D dengan memperkenalkan 3 model - Ryzen 7 7800X3D, Ryzen 9 7900X3D dan Ryzen 9 7950X3D. 

Baru-baru ini, AMD telah mengumumkan tarikh jualan bagi setiap model CPU dalam siri X3D ini. AMD Ryzen 7 7800X3D akan dijual bermula 6 April ini pada harga rasmi USD449 (~RM1,905.00).

7800x3d 7900x3d 7950x3d amd ryzen processors

Sementara itu, Ryzen 9 7900X3D dan Ryzen 9 7950X3D pula akan mula dijual lebih awal pada 28 Februari ini. Ryzen 9 7900X3D akan dijual pada harga USD599 (~RM2540.00) dan USD699 (~RM2,960.00)



Pembaca boleh merujuk gambar di atas bagi spesifikasi setiap model dalam siri AMD Ryzen 7000 ini termasuklah siri X3D. Tiada sebarang maklumat terperinci berkenaan kehadiran siri X3D ini di pasaran tempatan.

Tetapi kita boleh jangkakan siri CPU gaming berkuasa AMD ini bakal tersedia untuk dijual pada Q2 pertengahan pertama tahun 2023 ini.

{suggest}

Sumber: Eurogamer