Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Carl Pei 2021

“Sama Saja Macam Tahun Lepas”, Carl Pei Perli Galaxy S23 Ultra Guna ‘Meme’

Diterbitkan Februari 2, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Tiga model dilancarkan untuk siri terbaharu telefon Samsung ialah Galaxy S23, S23+ dan S23 Ultra. Namun, pengasas Nothing dan bekas peneraju OnePlus, Carl Pei tidak menunggu lama untuk bersuara.

Melalui kiriman di akaun Twitter peribadinya, rajutan itu dimulakan dengan undian, bertanya pengikut sama ada siri Galaxy S23 ini buat mereka teruja atau membosankan.

Di bawahnyalah Pei memuat naik sekeping imej dengan meme yang mengatakan bahawa model S22 Ultra dan S23 Ultra sama saja.

pic.twitter.com/0ltb6qrlrx

— Carl Pei (@getpeid) February 2, 2023

Kita dapat lihat gambaran ditunjukkan ialah pengguna S22 Ultra sendiri yang teruja dengan S23 Ultra yang tidak membawakan pembaharuan rekaan luaran.

Image

Imbas kembali, anak Steve Jobs juga pernah menggunakan meme yang lebih kurang sama ketika pelancaran siri iPhone 14 tempoh hari sehingga mencuri tumpuan media seluruh dunia.

“Sama Saja Macam Tahun Lepas”, Carl Pei Perli Galaxy S23 Ultra Guna ‘Meme’

Dari segi luaran, siri S23 tidak lagi bawakan rekaan ‘contour cut’, yang seperti bonggol kamera tapi kali ini, setiap lensa hadir tampil dengan begitu minimalistik tanpa elemen fizikal tambahan.

Boleh kita katakan seketul-seketul diletakkan tanpa sebarang rekaan tambahan.

galaxy s23 (3)

Apakah anda bersetuju dengan pendapat Carl Pei?

Saya secara peribadi teruja dan tidak sabar untuk mencuba sendiri siri Galaxy S23 ini apabila ia tiba di studio Wiser nanti.

Anda boleh baca lebih lanjut tentang apa yang ditawarkan siri Galaxy S23 di SINI dan maklumat pratempahannya di Malaysia di SINI.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Anak Steve Jobs 'Sindir' Pelancaran iPhone 14, Ramai Tersenyum Setuju
  • Rasmi, Ini Tentang Samsung Galaxy S23, S23+, S23 Ultra Yang Anda Harus Tahu
  • Tempah Awal Dan Dapatkan Tawaran Eksklusif Bagi Siri Samsung Galaxy S23, Hanya Dari RM3,899
  • Apple Tawar AirPods Percuma Untuk Pembelian Mac/iPad, Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenainya
  • Gimik Atau 'Barang Baik'? Ini Beza Snapdragon 8 Gen 2 For Galaxy Dengan Snapdragon Biasa

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY