Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AMD Ryzen 7000 X3D Slide Final

CES 2023 – AMD Umum CPU Baru Dalam Siri Zen4 X3D, 3 Model Diperkenalkan

Diterbitkan Januari 7, 2023 · Dikemas kini Januari 7, 2023 oleh Firdaus

Sejak AMD Ryzen 7 5800X3D membuatkan kemunculannya, cip tersebut telah menjadi antara yang teratas dalam CPU gaming terbaik.

Di CES 2023, AMD telah memperkenalkan 3 cip baharu bagi siri AMD Zen4 X3D – Ryzen 7 7800X3D, Ryzen 9 7900X3D dan Ryzen 9 7950X3D. 

Cip paling berkuasa, AMD Ryzen 9 7950X3D mempunyai 16 teras dan 32 bebenang yang mampu beroperasi hingga 5.7GHz dalam teras tunggal.

AMD dakwa cip ini 24% lebih berkuasa daripada Intel Core i9-13900K dalam gaming. Malahan, benchmark yang ditunjukkan cip ini juga hampir mengalahkan cip terunggul siri Raptor Lake dan KS.

AMD announces new Ryzen 7000 desktop and mobile CPUs

Manakala, AMD Ryzen 9 7900X3D mempunyai 12 teras dan 24 bebenang yang mampu beroperasi pada kelajuan 5.6GHz. Dan Ryzen 7 7800X3D pula mempunyai spesifikasi yang sama seperti pendahulunya (Ryzen 7 5800X3D), dengan 8 teras dan 16 bebenang tetapi mampu mencecah hingga 5.0GHz dalam kelajuan.

Berkaitan

  • Kenapa Sensor Kamera Lebih Penting Berbanding Megapixel
  • 5 'Game' Android Terbaik Yang Dilancarkan Tahun 2022
  • CES 2023 - ASUS Umum ExpertBook B1 Dan Siri Zenbook, 3 Model Diperkenalkan
  • CES 2023 - Samsung Umum Skrin OLED Dengan Kecerahan 2000 Nits
  • ASUS Umum ROG Raikiri Pro, 'Controller' Xbox Dengan Skrin OLED Terbina

AMD menyatakan ketiga-tiga cip ini akan tersedia untuk dibeli pada Februari depan tetapi harga rasminya masih kekal misteri hingga kini.

Sumber: NoteBook Check

Gambar utama: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY