Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Black Shark 5 Pro

Siri Black Shark 5 Sah Akan Hadir Di Malaysia Dalam Masa Terdekat

Diterbitkan Mac 30, 2022 oleh Firdaus

Black Shark telah melancarkan peranti terbaru mereka menerusi Black Shark 5 Pro, Black Shark 5 dan juga Black Shark 5 RS di China sebentar tadi.

Dalam ketiga-tiga telefon gaming tersebut, semestinya model Pro adalah paling berkuasa di mana hadir dengan Snapdragon 8 Gen 1, memori sehingga 16GB RAM dan storan sehingga 512GB.

Selain itu, digandingkan lagi dengan paparan AMOLED, panel 10-bit, HDR10+ serta kadar segar semula 144Hz dan input sentuh 720Hz. Model paling berkuasa ini dijual pada harga permulaan ~RM2790 di China. Manakala, Black Shark 5 boleh didapati serendah ~RM1850.

Black Shark 5

Berita baik buat peminat tegar peranti gaming yang sudah berkira-kira mahukan telefon untuk Apex Legends Mobile, Black Shark Malaysia telah mengesahkan siri Black Shark 5 ini bakal dibawa masuk ke Malaysia dalam masa terdekat dan dikatakan sekitar bulan Mei nanti.

Jangan khuatir, model Black Shark 5 yang akan berada di pasaran Malaysia nanti akan menjalankan Global ROM yang mana hadir dengan Google Mobile Service (GMS) serta mempunyai rangkaian 5G/4G yang sesuai buat pasaran tempatan.

Bagaimanapun, tarikh pelancarannya di Malaysia masih belum diketahui tetapi apa yang pasti ia akan tiba juga. Oleh itu, jangan terburu-buru untuk membeli set import. Akan tetapi, tunggulah ia rasmi di tanah air tidak lama lagi.

Baca juga:

  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar
  • Guna Tips Ini, Auto ‘Chicken Dinner’ PUBG Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY