Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Siri ASUS Komputer AiO Tiba Di Malaysia Dengan Harga Serendah RM2,599

Posted on Disember 1, 2023Disember 4, 2023

Syarikat ASUS Malaysia kini menjadikan akhir tahun 2023 ini sebagai peluang untuk mereka melancarkan produk All-in-One PC mereka bersempena dengan musim cuti sekolah iaitu ASUS AiO A5 dan ASUS AiO M3.

ASUS AiO A5

Peranti All-in-One A5 yang dilengkapi dengan paparan FHD NanoEdge berukuran 23.8 inci ini dikuasakan pemproses Intel Core i5-1340P 13th Gen dengan 8GB DDR4 RAM dan kapasiti storan 512GB.

Sistem audionya pula disokong teknologi daripada ASUS Smart Amp yang telah dipertingkatkan oleh Dolby® Atmos.

Dalam pada itu, PC ini juga mempunyai ciri pembatalan hingar aktif yang dikuasakan kecerdasan buatan untuk kegunaan perbualan dalam talian.

Selain itu, peranti ini juga direka dengan bentuk yang boleh menerima sokongan storan tiga kali ganda yang terdiri daripada dua kad SSD dan satu kad HDD serta konfigurasi RAM yang boleh dinaik taraf.

ASUS AiO M3

 

Untuk ASUS AiO M3 pula,  ia menggunakan paparan yang sama seperti ASUS AiO A5 di atas dan dikuasakan pemproses AMD Ryzen 3 7320U dengan 8GB LPDDR5 RAM dan kapasiti storan 512GB.

Sistem audionya juga sama menerima sokongan daripada Dolby® Atmos dengan ciri pembatalan hingar aktif yang dikuasakan kecerdasan buatan.

Dengan jaminan selama 3 tahun, ASUS AiO A5 dan AiO M3 ini hadir dengan dua variasi warna iaitu hitam dan putih bagi setiap produk dan harga yang ditetapkan bagi kedua peranti tersebut adalah seperti yang berikut:-

  • ASUS AiO A5 = RM3,699
  • ASUS AiO M3 = RM2,599

Anda boleh layari laman web rasmi Acer untuk mengetahui info lanjut bagi produk ASUS AiO A5 dan ASUS AiO M3.

{suggest}

Sumber: Siaran Media ASUS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress