Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Acer Nitro V 15 Kini Tersedia Dengan Harga Bermula RM3099

Posted on Disember 4, 2023

Syarikat pengeluar produk elektronik dan pengkomputeran, Acer Malaysia, kini telah melancarkan komputer riba gaming mereka yang terbaru iaitu Acer Nitro V 15 sempena menyambut musim cuti sekolah ini.

 

Ia dikuasakan cip Intel Core i5-13420H bersama dengan dua jenis kad grafik yang boleh dipilih oleh pembeli iaitu NVIDIA GeForceRTX 4050 atau NVIDIA GeForceRTX 2050.

Selain daripada kelengkapan paparan IPS FHD 144Hz yang bersaiz 15.6 inci, Acer Nitro V 15 ini tersedia dengan konfigurasi 8GB RAM DDR5 (5600Hz) dan kapasiti storan SSD sebanyak 512GB.

Kepada para pelanggan yang membeli produk ini sebelum 31 Disember 2023, anda akan menerima hadiah bernilai RM637 yang terdiri daripada:-

  • Beg galas Nitro Urban Gaming
  • Langganan 3 tahun sistem keselamatan Trend Micro Internet
    Security
  • Tetikus gaming wayarles Logitech G
  • Kredit Touch ‘n Go eWallet

Anda boleh dapatkan produk Acer Nitro V 15 ini di mana-mana cawangan kedai Acer di seluruh Malaysia dengan harga yang telah ditetapkan di bawah.

  • Acer Nitro V 15 54Y9 = RM3,899
  • Acer Nitro V 15 57NC = RM3,099

Tambahan lagi, Acer turut membawa masuk produk aksesori mereka ke pasaran Malaysia iaitu Predator Robust Luggage yang dilengkapi dengan kunci kata laluan TSA.

Tidak lupa juga bagi siri bagasi Acer Melbourne yang hadir dalam 2 variasi warna iaitu hitam dan putih serta Acer Austin Backpack yang akan tersedia dengan harga seperti yang berikut:-

  • Predator Robust Luggage (22 inci) = RM1,999
  • Siri Acer Melbourne (20 inci/24 inci) = RM999/RM1,099
  • Acer Austin Backpack = RM369
Predator Robust Luggage
Acer Melbourne Luggage (Black)
Acer Melbourne Luggage (White)
Acer Austin Backpack

Beli produk Acer di Shopee – https://invl.io/cljyhmi

Beli produk Acer di Lazada – https://invol.co/cljyhms

{suggest}

Sumber: Siaran Media Acer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress