Pada 28 November 2023 yang lepas, syarikat telefon pintar ternama, Huawei didapati telah melancarkan kereta elektrik pertama mereka iaitu Luxeed S7 dengan kerjasama daripada syarikat pengeluar kereta kesembilan terbesar di China, Chery.
Luxeed S7

Dengan sambutan yang hangat di pasaran China sehingga dikategorikan setaraf dengan produk EV daripada BMW, mereka telah mencatat jumlah pra-tempah yang melebihi 10,000 unit pada hari ini semenjak daripada hari pelancaran.
Luxeed S7 ini hadir dengan 4 jenis varian dengan harga yang berbeza seperti di bawah.
- Luxeed S7 Pro = RMB258,000 (~RM170,133.69)
- Luxeed S7 Max = RMB298,000 (~RM196,511.00)
- Luxeed S7 Max+ = RMB328,000 (~RM216,293.99)
- Luxeed S7 Max RS = RMB358,000 (~RM236,076.97)
Walaupun model ini menggunakan pek bateri dengan kapasiti bateri terkecil dalam industri EV iaitu 800 V “Giant Whale” dari Huawei, kereta ini dikatakan dapat mencapai jarak perjalanan sejauh 200km selepas 5 minit pengecasan.
Sehubungan dengan pelancaran Luxeed S7 ini, kerjasama Huawei dengan Chery tidak terhenti di sini sahaja selepas model EV terbaru mereka yang diberi nama Luxeed S9 didedahkan oleh pihak media SuperDesign di platform media Weibo.
Luxeed S9
Model EV Luxeed S9 yang dijangka akan masuk ke pasaran China pada suku kedua tahun 2024 ini merupakan kereta bertaraf SUV fastback dengan reka bentuk yang sama seperti Luxeed S7.
Antara ciri yang didapati tersedia untuk model S9 ini adalah skrin sentuh di stereng pemandu, paparan skrin LCD, sensor Face ID dan pengecas telefon pintar tanpa wayar.
Model ini juga dijangka dapat memberikan output kuasa sehingga 215 kWh dan 150 kWh untuk versi 4WD. Sehubungan dengan itu, ia akan tersedia dengan tiga pilihan bateri iaitu:-
- LFP untuk 62 kWj.
- M3P (NMC+LFP) untuk 82 kWj.
- NMC untuk 100 kWj.
Namun begitu, harga anggarannya masih belum dikemukakan oleh syarikat tersebut untuk pihak media.
{suggest}
Sumber: CarNewsChina