Singapura Bakal Halang Penjawat Awam Dari Menggunakan Internet





Penjawat awam di republik Singapura bakal dihalang dari menggunakan internet di tempat kerja mereka. Hal ini berikutan polisi baru diperkenalkan pihak kerajaan bagi mengurangkan serangan siber.



Laporan Reuters mengatakan, sebahagian komputer di kementerian Singapura telah memutuskan sambungan ke internet. Pakar sekuriti masih ragu-ragu tentang keberkesanan polisi itu dalam meningkatkan keselamatan siber.



David Koh, Pengarah Agensi Sekuriti Siber Singapura memberitahu Reuters kerajaan menggubal polisi itu selepas menyedari ancaman serangan siber adalah “luar biasa”. Kaji selidik telah menunjukkan, negara-negara di asia tenggara berisiko tinggi menghadapi serangan siber terutamanya negara yang terlibat dalam pertikaian berterusan keatas Laut China Selatan.



Walaubagaimanapun, polisi yang dijadualkan berkuatkuasa Mei tahun hadapan itu masih membenarkan penjawat awam mengakses internet menggunakan peranti persendirian.