Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mi 9t

Shopee Tawar Mi 9T Diiringi Dengan Redmi Air Dots Secara Percuma

Diterbitkan Jun 20, 2019 · Dikemas kini Jun 20, 2019 oleh Helmi Samsuri

Turut sama menjayakan kedatangan Mi 9T dalam negara, Shopee turut mengumumkan penawaran model ini pada platform jual beli-belah mereka.

Bermula pada 27 Jun 2019, pembeli yang ingin mendapatkan Mi 9T versi 6GB/128GB (RM1399) akan disertakan sekali dengan aksesori berupa Redmi Air Dots yang bernilai RM129.

Shopee Tawar Mi 9T Diiringi Dengan Redmi Air Dots Secara Percuma
Shopee Tawar Mi 9T Diiringi Dengan Redmi Air Dots Secara Percuma
Shopee Tawar Mi 9T Diiringi Dengan Redmi Air Dots Secara Percuma

Sementara itu, Shopee turut menyatakan, mana-mana pembeli Mi 9T yang menjadi pengikut di Xiaomi Global Store pada platform mereka, bakal menerima hadiah tambahan iaitu Xiaomi Mi Compact Bluetooth Speaker 2 (RM49.90).

Tawaran lain yang boleh dinikmati di Shopee hari ini sehingga 30 Jun 2019, anda boleh menggunakan kod JUNMOBILE30 untuk mendapatkan baucar rebat RM30 apabila membelanjakan RM100 pada kategori Mobile and Gadgets.

Pada tarikh 24 Jun pula, Shopee turut memberi peluang kepada anda untuk terpilih sebagai pembeli bertuah dimana dapat memiliki Mi 9T hanya pada harga RM1 melalui Guaranteed Prizes “One or Not”? Sekiranya pembeli itu tidak terpilih, Shopee akan memulangkan semula RM1 berkenaan menerusi kad kredit atau Shopee Wallet.

Jika anda becita-cita untuk mendapatkan Mi 9T daripada Shopee, bolehlah melayari laman beli-belah dalam talian itu pada tarikh-tarikh yang disebutkan diatas.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY