Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ShareIt Ada Masalah Sekuriti, Terdedah Kepada Godaman

ShareIt Ada Masalah Sekuriti, Terdedah Kepada Godaman

Diterbitkan Februari 17, 2021 · Dikemas kini Februari 17, 2021 oleh Amalina Athman

Aplikasi perkongsian fail popular, ShareIt kini dilaporkan mempunyai beberapa kerentaran keselamatan. Di Play Store, aplikasi ini telah dimuat turun dengan lebih 1 bilion dan merupakan antara 10 aplikasi paling banyak dimuat turun pada 2019.

ShareIt masalah sekuriti

Menurut laporan, kerentanan pada aplikasi ShareIt ini membolehkan penggodam mendapatkan data pengguna termasuk fail, memasang aplikasi pihak ketiga dan sebagainya dengan izin ShareIt dan tanpa pengetahuan pengguna.

Kelemahan keselamatan ini dikatakan berpunca daripada kekurangan sekatan mengenai siapa yang dapat menggunakan kod aplikasi.

Sementara itu, Trend Micro turut mendakwa kerentanan yang ditemui ini telah pun dilaporkan kepada pihak pembangun ShareIt pada tiga bulan lalu. Namun, sehingga kini pihak ShareIt belum memberikan sebarang maklum balas mengenai isu berkenaan.

Jika anda ada memuat turun aplikasi ini pada peranti, adalah disarankan untuk nyahpasang aplikasi ShareIt buat sementara waktu dan menggunakan alternatif aplikasi perkongsian fail yang lain.

Sumber: Trend Micro via Ars Technica 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY