Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5 Percubaan Telefon Gaming Sebelum Era Telefon Pintar Sekarang

Serik, Nokia Akui Mereka Tidak Lagi Akan Keluarkan Telefon Kelas Andalan

Diterbitkan Mac 8, 2022 · Dikemas kini Mac 9, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Siapa yang tidak kenal dengan nama Nokia? Baik anak kecil mahupun orang dewasa, walaupun tidak segah berbanding zaman kegemilangannya namun jenama ini masih terus bernyawa dan disebut-sebut.

Telefon kelas andalan terakhir daripada Nokia dilancarkan pada 2019 iaitu Nokia PureView 9. Hingga ke hari ini, HMD Global tidak mengeluarkan pengganti untuk andalannya.

Bercakap pada Android Authority, HMD Global iaitu pengeluar telefon Nokia mengakui kini mereka hanya akan menumpukan terhadap penghasilan telefon kelas permulaan dan pertengahan dengan bateri yang tahan lama dan harga mampu milik.

Adam Ferguson daripada HMD Global berkata mereka tidak lagi mahu bersaing dalam “perlumbaan spesifikasi” dengan jenama lain dan lebih gemar untuk membawakan identiti tersendiri.

HMD Nokia smartphone and feature phone shipments until Q4 2021
Strategy Analytics

Untuk suku ketiga dan keempat tahun lalu, Nokia mencatatkan keuntungan yang baik dengan suku ke-4 menjadi suku dengan keuntungan tertinggi dalam sejarah syarikat.

Bukan mudah untuk bertahan dalam pasaran telefon waktu sekarang walaupun telah mempunyai nama besar. Lihat saja pada BlackBerry dengan Onward Mobility yang akhirnya tersungkur jua di tengah-tengah pandemik tanpa sebarang model diperkenalkan.

Sumber: Android Authority

Baca juga:

  • Pengguna iPhone? Ini Cara Rakam Video Sambil Mainkan Lagu Di ‘Background’

  • Nokia G21 Masuk Malaysia – Skrin 90 Hz, Bateri Besar, Kamera 50MP, Bawah RM1000

  • Telefon ‘Bajet’ Samsung Pun Dilaporkan Tidak Lagi Akan Disertakan Dengan Pengecas

  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY