Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nokia g21

Nokia G21 Masuk Malaysia – Skrin 90 Hz, Bateri Besar, Kamera 50MP, Bawah RM1000

Diterbitkan Mac 3, 2022 · Dikemas kini Mac 3, 2022 oleh Faiz Munir

HMD Global harini telah melancarkan 1 lagi model baharu model G iaitu Nokia G21 di Malaysia. Peranti ini juga memfokuskan kepada sekuriti dan ketahanan bateri. Jadi mari lihat spesifikasi yang ditawarkan.

Skrin yang digunakan berukuran 6.5 inci HD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Dikuasakan dengan cipset Unisoc T606 dengan 1 varian sahaja iaitu 6GB RAM+ 128GB storan. Jika storan tidak mencukupi, peranti ini juga menyokong MicroSD sehingga 512GB.

nokia g21 2

Turut dilengkapi dengan 3 sistem kamera iaitu 50MP kamera utama, 2Mp makro, 2MP depth dan 8MP kamera swafoto. Di samping itu, kamera ini juga dilengkapi dengan teknologi pengimejan rendah cahaya.

Seterusnya, bateri yang dimuatkan adalah sebesar 5,050mAh yang didakwa mampu bertahan sehingga 3 hari serta menyokong penyecasan pantas 18W. Jadi tiada masalah untuk gunakan peranti ini untuk menonton video seharian. Malangnya, palam pengecasan yang disediakan dalam kotak hanya menyokong 10W.

nokia g21 3

Nokia G21 ini menjalankan sistem operasi Android 11 dan boleh terus dikemas kini kepada Android 12. Selain itu, Nokia menawarkan kemaskini Android selama 2 tahun dan tampalan sekuriti selama 3 tahun.

nokia g21 1

Untuk setiap peranti Nokia G21 ini juga telah dipasangkan dengan aplikasi ExpressVPN dan diberikan 30 hari tempoh percubaan.

Jika berminat, Nokia G21 ini akan mula dijual pada 10 Mac 2022 dengan harga RM799 di semua rakan pengedar Nokia. Anda boleh pra-tempah Nokia G21 bermula hari ini, 3 Mac hingga 9 Mac 2022 di Shopee dengan harga promosi RM759 dan anda juga akan diberikan hadiah.

nokia g21 4

Sumber: Siaran Akhbar HMD Global

Baca juga:

  • HUAWEI Ada Tawaran Eksklusif Mulai Hari Ini, Termasuk Rebat Sehingga RM500
  • Siri OPPO Reno7 Mula Dijual Sabtu Ini, Hadiah Bernilai RM1267 Menanti Buat Pembeli
  • Sebab Model 4G Tak Dapat Sambutan, Redmi Akan Lancar 2 Model 5G Esok

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY