Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Serangan Ransomware: Kebanyakkan Mesin ATM Di India Ditutup

Serangan Ransomware: Kebanyakkan Mesin ATM Di India Ditutup

Diterbitkan Mei 16, 2017 · Dikemas kini Mei 16, 2017 oleh Haikel Areff

Sebagai langkah berjaga-jaga, beberapa bank di India menghentikan servis ATM yang dijalankan menggunakan sistem perisian lama. Ini adalah untuk mengelakkan daripada ancaman ransomware ‘WannaCry’.

Walau bagaimanapun, setakat ini masih belum ada maklumat rasmi dari Reserve Bank of India (RBI) tentang serangan ransomware menerusi ATM. Terdapat 2.2 juta mesin ATM di India, dan sebilangan darinya masih menggunakan sistem operasi Windows XP.

Reserve Bank of India (RBI) telah meminta kesemua bank di India mengikuti arahan organisasi kerajaan India, CERT-In dalah mencegah serangan virus tersebut. Indian Computer Emergency Response Team (CERT In) telah mengeluarkan senarai langkah keselamatan dan apa yang perlu dibuat untuk menangani serangan ransomware tersebut.

RBI bagaimanapun menafikan bahawa mereka telah mengeluarkan apa-apa arahan untuk menutup ATM. “RBI tidak memberikan apa-apa arahan atau mengeluarkan apa-apa nasihat kepada bank-bank untuk menutup ATM mereka.” kata seorang jurucakap RBI.

Setakat ini ianya telah memberi kesan kepada pelbagai rangaian IT di lebih 150 negara. Malaysia juga tidak terlepas.

Dalam serangan malware yang berasingan pada tahun lepas, 3.2 juta debit kad telah dikompromi di India. Data pengguna telah diniagakan melalui mesin ATM Hitachi pada bulan Mei, Jun dan Julai tahun lepas.

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
©2026 WISER.MY