Serangan itu juga merupakan serangan DDoS yang terbesar pernah direkodkan setakat ini.
Pasukan keselamatan Google memaklumkan, serangan DDoS tersebut yang berlaku pada bulan September 2017 itu mencecah sehingga 2.5Tbps ke atas trafik rangkaian Google.
"Our infrastructure absorbed a 2.5 Tbps DDoS in September 2017, the culmination of a six-month campaign that utilized multiple methods of attack." Google.
Google menjelaskan, penyerang menggunakan pelbagai bentuk serangan DDoS bagi memberikan isyarat palsu kepada Google.
Serangan itu juga didakwa 4 kali ganda lebih besar saiznya berbanding serangan botnet Mirai yang berlaku pada awal tahun 2017.
Walaubagaimanapun, Google menyatakan bahawa serangan tersebut tidak memberikan impak yang teruk pada mereka.
Bagi mendepani cabaran serangan seperti ini pada masa hadapan, Google memaklumkan mereka kini bekerjasama dengan komuniti internet bagi mengenal pasti dan melupuskan infastruktur yang pernah digunakan dalam serangan yang pernah dilakukan sebelum ini.
DDoS adalah serangan yang mensasarkan pelayan bagi tujuan memporak-perandakan trafik dalam rangkaian pelayan dengan melambakkan aliran trafik internet ke rangkaian pelayan yang disasarkan.
Berkaitan
- Google Berjaya Melaksanakan Projek Kabel Dasar Laut Menyambungkan Los Angeles Dan Chile
- Google Akan Membuang Ikon 'Hamburger' Di Google Play Store
- Tetapan Penjimatan Tenaga Dan Memori Kini Tersedia Pada Pelayar Google Chrome
- Penggodam Berpihak Kerajaan Didapati Ceroboh Pengguna Android Dan Pelayar Chrome
- Ciri Pelayar Microsoft Edge Ini Menyebabkan Penggunanya Terdedah Kepada Serangan Penggodam
- Tesla Mencabar Penggodam Mencari Pepijat Pada Model 3
- Penggodam Didapati Memasang Perisian Hasad Tanpa Perlu Interaksi Pengguna Android
- Google Temukan 13 Kecacatan Keselamatan Chrome, Pengguna Digesa Kemas Kini Segera
- Penggodam Eksploitasi Kelemahan Ciri Keselamatan Pelayar Firefox
- Google Mengurangkan Pekerja Waze