Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Akan Membuang Ikon ‘Hamburger’ Di Google Play Store

Google Akan Membuang Ikon ‘Hamburger’ Di Google Play Store

Diterbitkan Oktober 15, 2020 oleh ariff bukhari

Google dilaporkan sedang melakukan sedikit perubahan pada antaramuka Play Store. Menurut laman Android Police, ikon bergaris 3 yang lebih dikenali sebagai ‘hamburger’ akan dibuang oleh Google pada masa hadapan.

Seperti semua sedia maklum, ikon tersebut membolehkan pengguna Android mengakses tetapan bagi Google Play Store.

WhatsApp Image 2020-10-15 at 15.49.12

Jadi akses tetapan yang terdapat dalam ikon ‘hamburger’ itu akan diletakkan di bawah ikon akaun pengguna sebagai akses bagi semua tetapan di Google Play Store pada masa hadapan.

Screenshot 2020-10-15 at 15.57.47
Tiada lagi kelihatan ikon ‘hamburger’ pada Play Store terbaru yang sedang dicuba oleh Google. Kredit: Android Police

Pada tahun lalu, Google telah merombak reka bentuk antaramuka Play Store dengan menjadikannya lebih mudah digunakan.

Google juga dilaporkan menggalakkan para pembangun untuk tidak menggunakan menu ikon itu lagi.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY