Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Mengurangkan Pekerja Waze

Google Mengurangkan Pekerja Waze

Diterbitkan Jun 28, 2023 oleh ariff bukhari

Alphabet milik Google memaklumkan mereka akan mengurangkan pekerja di aplikasi pemetaan Waze selepas merancang untuk menggabungkan sistem pengiklanan aplikasi tersebut dengan teknologi Google Ads.

Walaubagaimanapun, bilangan pekerja yang terkesan dengan pemberhentian itu tidak dinyatakan dengan lebih lanjut.

Google menerusi satu kenyataan berkata, “Untuk mencipta pengalaman jangka panjang yang lebih baik dan lancar untuk pengiklan Waze, kami telah mula mengalihkan sistem pengiklanan sedia ada Waze kepada teknologi Google Ads. Sebagai sebahagian daripada kemas kini ini, kami telah mengurangkan peranan yang tertumpu pada pengewangan (monetization) Waze Ads.”

Google pada bulan Disember tahun lalu memaklumkan mereka akan menggabungkan pasukan Waze dan Google Maps untuk menyatukan proses, menjadikannya sebahagian daripada bahagian Google Geo, termasuklah Peta Google Maps, Google Earth dan Street View.

Google telah memperoleh Waze pada harga kira-kira $1.3 bilion (~RM6.07 bilion) pada tahun 2013 dahulu.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • CelcomDigi Fibre Kini Hadir Dengan Pelan Langganan Lebih Pantas, Sehingga 1Gbps
  • Penjenayah Guna TikTok Dan WeChat Untuk Mengedar Dadah - PDRM

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY