Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bad android

Penggodam Berpihak Kerajaan Didapati Ceroboh Pengguna Android Dan Pelayar Chrome

Diterbitkan Mei 24, 2022 oleh ariff bukhari

Grup Analisis Ancaman Google (TAG) mendedahkan kewujudan perisian intip khas yang dikenali sebagai Predator telah dibangunkan secara khusus bagi menggodam pengguna Android dan pelayar Chrome.

Pembangun yang bertanggungjawab mencipta perisian intip itu dikenali sebagai Cytrox iaitu sebuah firma rahsia yang berpangkalan di Utara Macedonia.

Firma itu didakwa telah menjual akses kecacatan pelayar Google dan sistem Android kepada pelanggannya yang terdiri daripada pihak-pihak yang mempunyai kaitan dengan kerajaan dari beberapa negara asing.

Kecacatan yang dijual itu dieksploitasi oleh pihak-pihak tersebut bagi tujuan menggodam pengguna Android dan pelayar Chrome dengan menggunakan perisian intip Predator dari Cytrox.

Menurut penyelidik Google, pelanggan-pelanggan yang mendapatkan servis dari Cytrox serta perisian intip itu adalah seperti negara Greece, Serbia, Mesir, Armenia, Sepanyol, Indonesia, Madagascar dan Côte d’Ivoire.

Skandal penggodaman yang ada kaitan dengan badan kerajaan bukanlah perkara asing.

Sebelum ini telah dilaporkan kaitan firma keselamatan dan pengintipan, NSA Group yang telah dituduh menjual perisian sulit  kepada kerajaan-kerajaan di seluruh dunia bagi tujuan pengintipan.

Sumber:gizmodo, blog.google

Sumber: USAToday

Baca juga:

  • Ini Sebab Mengapa Anda Perlu ‘Restart’ Telefon Setiap Minggu
  • Ini Perbandingan Antara Tiga Aplikasi Muzik Terkenal Di Malaysia
  • Storan Telefon Anda Penuh Mungkin Sebab Telegram, Ini Cara Selesaikannya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY