Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ulang Tahun Ke-20 Untuk Pokemon Yellow

Seramai 52000 Responden Telah Mengundi Pokemon Kegemaran Mereka Yang Dibuat Di Laman Reddit

Diterbitkan Jun 24, 2019 · Dikemas kini Jun 24, 2019 oleh ariff bukhari

Pikachu mungkin ada filemnya sendiri, tapi ia bukan yang paling popular dikalangan peminat.

Lebih seminggu yang lalu, laman rasmi Reddit Pokemon telah mengadakan undian bagi melihat Pokemon manakah yang paling menjadi kegemaran peminat.

Beberapa hari kemudiannya hasil undian telah berjaya diperolehi. Lebih daripada 52000 responden telah mengambil bahagian dalam undi yang dijalankan itu.

Menerusi undian tersebut didapati Pokemon Charizard dari generasi pertama diundi sebagai Pokemon paling popular dengan jumlah undian sebanyak 1107 undi. Diikuti oleh Gengar (1056 undi), Arcanine (923 undi) dan Bulbasaur (710 undi).

Seramai 52000 Responden Telah Mengundi Pokemon Kegemaran Mereka Yang Dibuat Di Laman Reddit
Karektor Pokemon Charizard mungkin nampak ganas tetapi ia tidak akan menghalakan nafas berapinya kepada lawan yang lebih lemah dari dirinya. Kredit: Pokemon

Berikut adalah senarai 10 Pokemon paling popular berdasarkan undi yang dibuat di Reddit:-

Pokémon Undian Kedudukan
Charizard 1107 1
Gengar 1056 2
Arcanine 923 3
Bulbasaur 710 4
Blaziken 613 5
Umbreon 607 6
Lucario 604 7
Gardevoir 585 8
Eevee 581 9
Dragonite 551 10

Walaubagaimanapun, daripada lebih 800 Pokemon yang wujud setakat ini, terdapat 4 Pokemon yang langung tidak memperoleh sebarang undian.

4 Pokemon itu adalah Pokemon Silcoon, Gothita, Eelektrik dan Yungoos.

Seramai 52000 Responden Telah Mengundi Pokemon Kegemaran Mereka Yang Dibuat Di Laman Reddit
Tidak menghairankan Pokemon Yungoos langsung tidak menerima sebarang undian kerana ia menyerupai Presiden Trump, walaupun sebenarnya ia direka berasaskan rupa haiwan Garangan/Cerpelai. Kredit imej: Pokemon

Pokemon pertama kali dilancarkan di Jepun pada tahun 1996 yang kini mempunyai lebih daripada 800 karektor Pokemon berbeza daripada 7 generasi.

Sumber: Business Insider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY