Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mi 12 Snapdragon 895

Seperti Samsung, Xiaomi Pun Dikatakan Ada Isu ‘Throttling’ Bila Main ‘Game’

Posted on Mac 29, 2022Mac 29, 2022

Baru-baru ini, Samsung mengakui dan memohon maaf atas tindakan mereka yang mengehadkan kuasa peranti dalam beberapa situasi namun mengecualikan aplikasi penanda aras.

Nampaknya jenama dari China, Xiaomi juga dilaporkan melakukan perkara yang sama.  Ia dilaporkan oleh pengasas bersama penanda aras terkenal Geekbench iaitu John Poole.

Menurutnya, apabila Geekbench menyamar sebagai Fortnite di Xiaomi 11, prestasi teras tunggal menurun sebanyak 30% manakala teras pelbagai menurun 15%.

Here are results from a Xiaomi Mi 11 running Geekbench and Geekbench disguised as Fortnite. Single-core scores are 30% lower, and multi-core scores are 15% lower, in the Fortnite build. https://t.co/wGAnSi73gR

— John Poole (@jfpoole) March 27, 2022

Bukan itu sahaja, apabila Geekbench menyamar sebagai permainan lain seperti Genshin Impact, penurunan prestasi turut sama dikesan.

Ini adalah salah satu taktik pengeluar untuk menunjukkan prestasi tertinggi ketika diuji dengan aplikasi penanda aras untuk mengekalkan imej produk mereka.

Namun, apabila kemampuannya tidak boleh digunakan sepenuhnya seperti bermain ‘game’ yang ‘berat’, pastinya ia mengecewakan pengguna.

Sumber: Android Authority

Baca juga:

  • Guna Tips Ini, Auto ‘Chicken Dinner’ PUBG Mobile
  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress