Kes jenayah siber sedikit meningkat tahun lalu.

Berdasarkan kepada semakan dari statistik kes jenayah siber 2019 yang dikeluarkan oleh pihak Siber Sekuriti Malaysia, sebanyak 9 insiden utama jenayah siber telah dilaporkan kepada pihak Siber Sekuriti Malaysia tahun lalu.

Daripada 9 insiden itu, kes penipuan atas talian adalah kes yang paling banyak berlaku terhadap pengguna di Malaysia sepanjang tahun 2019 lalu.

Jumlah insiden penipuan atas talian yang dilaporkan kepada pihak SSM pada tahun lalu adalah sebanyak 7,774 kes. Ia meliputi 70% daripada 10,772 insiden jenayah siber yang dilaporkan.

Jumlah kes itu dilihat meningkat sebanyak 2,651 di mana hanya sebanyak 5,123 kes sahaja dilaporkan berlaku sepanjang tahun 2018 dahulu.

IKLAN

Insiden jenayah siber kedua tertinggi yang berlaku sepanjang 2019 pula adalah kes pencerobohan data pengguna di mana sebanyak 1,359 kes tersebut telah dilaporkan.

Manakala kes jenayah siber ketiga yang paling banyak dilaporkan adalah kes pengkodan yang merbahaya kepada pengguna iaiti sebanyak 738 kes.

Sepanjang tahun 2019 lalu, bulan September adalah bulan yang paling banyak berlakunya insiden jenayah siber iaitu sebanyak 1,189 insiden.

Secara keseluruhan, jumlah insiden jenayah siber yang dilaporkan pada tahun 2019 (10,774 kes) tidak banyak bezanya berbanding tahun 2018 (10,699 kes).

Trend peningkatan aktiviti jenayah siber juga meningkat apabila masuknya suku ke-4 tahun 2018 dan 2019.

Sumber: MyCERT