Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kerajaan Malaysia Bersedia Menghadapi Sebarang Bentuk Serangan Siber

Kerajaan Malaysia Bersedia Menghadapi Sebarang Bentuk Serangan Siber

Diterbitkan Oktober 19, 2020 · Dikemas kini Oktober 21, 2020 oleh ariff bukhari

Pada minggu lalu, Kerajaan Malaysia telah melancarkan Strategi Keselamatan Siber Malaysia (MCSS) 2020-2024.

Dalam pelan tersebut, Kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menggariskan Strategi Keselamatan Siber Malaysia (MCSS) 2020-2024 yang merangkumi 12 strategi, 35 pelan tindakan dan 113 program sebagai kesiapsiagaan negara terhadap apa jua bentuk serangan siber.

MCSS telah dilancarkan pada 12 Oktober lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Saifuddin Abdullah yang mewakili Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kementerian Komunikasi Dan Multimedia memaklumkan bahawa Strategi Keselamatan Siber Malaysia bertujuan menyelaras pelaksanaan strategi pengurusan ancaman siber.

Pendekatan yang berbentuk active cyber defence ini adalah hasil kerjasama antara beberapa kementerian termasuk Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) yang bertanggungjawab dalam penggubalan, pelaksanaan, pemantauan dan penyelarasan dasar keselamatan siber.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY