Seorang Remaja Di Sarawak Dipercayai Membunuh Diri Selepas Bersandarkan Pada Undian Instagram Yang Diciptanya

69 peratus didapati mengundi supaya mangsa memilih membunuh diri.


Seorang remaja berumur 16 tahun telah ditemui mati, dipercayai membunuh diri. Cara mangsa membunuh diri adalah dengan terjun dari tingkat 3 di sebuah lot kedai yang terletak di dalam bandar Kuching, Sarawak.

Tetapi apa yang lebih memeranjatkan dalam kes ini adalah keputusan remaja tersebut membunuh diri adalah bersandarkan kepada undian Instagram yang dimulakannya.

Mangsa dikatakan telah memulakan satu bentuk undian di akaun Instagram miliknya dengan menggunakan tajuk "Sangat Penting, bantu saya pilih D/L" yang membawa maksud, meminta rakan-rakan Instagram mengundi untuk mmebantunya memilih sama ada hidup atau mati.

Hasil daripada undian yang dicipta mangsa, amat mengejutkan 69% rakan-rakan Instagram nya telah didapati mengundi supaya mangsa membunuh diri.

Akibatnya, mangsa yang dikatakan sedang berada di bawah tekanan perasaan kerana tidak berpuas hati dengan tindakan bapa angkatnya yang mengahwini seorang wanita Vietnam, telah mengambil keputusan membunuh diri berdasarkan undian Instagram tersebut.

Susulan daripada insiden itu, pihak Instagram Asia Pasifik telah respon dan mengeluarkan kenyataan berikut menerusi Business Insider Malaysia:-

Our thoughts and prayers are with this young woman’s family. We have a deep responsibility to make sure people using Instagram feel safe and supported. As part of our own efforts, we urge everyone to use our reporting tools and to contact emergency services if they see any behavior that puts people’s safety at risk.”

Sumber: malaymail

PSA: Sekiranya anda memerlukan pertolongan atau berdepan dengan isu bunuh diri, sila hubungi talian aktif 24 jam setiap hari, Befrienders di talian 03-79568145.