Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Seorang Profesor Dari Universiti California Didapati Bersalah Kerana Menyeludup Keluar Cip Aplikasi Ketenteraan Kepada China

Seorang Profesor Dari Universiti California Didapati Bersalah Kerana Menyeludup Keluar Cip Aplikasi Ketenteraan Kepada China

Diterbitkan Julai 7, 2019 oleh ariff bukhari

Professor itu bakal berdepan hukuman penjara sehingga 219 tahun.

Seorang Profesor dari Universiti of California, Los Angeles telah didapati bersalah kerana menyeludup keluar cip yang mengandungi aplikasi ketenteraan kepada pihak China.

Profesor bernama Yi-Chi Shih itu merupakan jurutera elektrik yang telah disabitkan atas 18 pertuduhan termasuklah aktiviti ekspot yang menyalahi undang-undang dan pelbagai tuduhan penipuan.

Profesor itu bersama seorang lagi rakannya bernama Kiet Ahn Mai didapati telah bekerjasama menipu pengeluar cip semikonduktor dari syarikat Amerika.

Di dalam pertuduhan tersebut, defendan dituduh sebagai pelanggan yang berpotensi mendapatkan reka bentuk cip daripada syarikat A.S yang tidak dinamakan, kemudian secara haram telah menghantar cip tersebut ke China.

Malah pihak pendakwaan berkata cip itu telah dihantar ke sebuah syarikat China di mana Shih adalah Presidennya.

Cip yang dihantar itu pula didapati digunakan oleh pihak tentera termasuklah dalam peluru berpandu, jet pejuang, peralatan elektronik untuk peperangan serta aplikasi radar.

Akibat kesalahan itu, Professor tersebut bakal berdepan hukuman penjara sehingga 219 tahun yang akan ditentukan mula tarikh hukumannya nanti.

Sumber: THE VERGE

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY