Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
7 Orang Dapat Rawatan Kecemasan Selepas iPhone Meletup Di Switzerland

Seorang Pelajar Menyaman Apple Sebanyak USD1 Bilion Kerana Teknologi Pengecaman Wajah Mereka Menyebabkan Dia Ditahan Pihak Berkuasa

Diterbitkan April 23, 2019 · Dikemas kini April 23, 2019 oleh ariff bukhari

Saman dibuat setelah mendapati teknologi pengecaman wajah Apple telah tersalah identiti yang menyebabkan pelajar itu dituduh sebagai pesalah.

Baik, kes terbaru saman terhadap Apple ini agak luar dari kebiasaan berbanding kes saman yang pernah dihadapi oleh Apple Inc. sebelum-sebelum ini.

Saman terbaru terhadap Apple ini telah difailkan oleh seorang pelajar berumur 18 tahun bernama Ousmane Bah yang tinggal di New York.

Sebelum ini, dia telah dituduh bersalah kerana mencuri pelbagai produk Apple yang bernilai USD1,200 dari Apple Store Boston serta tuduhan curi lain yang telah berlaku di Apple Store New Jersey, Delaware dan bandar New York.

Akibatnya dia telah ditahan pada November 2018 lalu oleh Polis New York (NYPD) di rumahnya.

Walaubagaimanapun, tidak lama selepas dia ditahan, pegawai penyiasat NYPD menyedari bahawa bukan Ousmane Bah yang melakukan jenayah curi tersebut. Sebaliknya adalah individu lain yang langsung tidak menyerupai Bah.

Ia hanya disedari selepas pegawai tersebut meneliti semula rakaman litar tertutup dengan teliti yang diambil dari Apple Store yang terlibat.

Pegawai tersebut kemudiannya menerangkan kepada Bah bahawa kesilapan identiti ini berlaku mungkin disebabkan oleh teknologi pengecaman wajah Apple yang digunakan pada Apple Store mereka bagi menjejaki pencuri.

Berikutan itu, Ousmane Bah telah memfailkan saman terhadap Apple dengan menyatakan bahawa dia telah mengalami tekanan yang teruk dan kesukaran dalam kehidupan sehariannya kerana ditahan secara salah oleh pihak berkuasa.

Selain Apple, pihak Security Industry Specialists Inc. juga turut dinamakan sebagai defendan dalam pemfailan saman yang dibuat oleh Ousmane Bah.

Semua kes-kes curi terhadap Bah itu telah digugurkan oleh pihak berkuasa, kecuali di New Jersey.

Sumber: Bloomberg dan ZDNet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY