Seorang Lelaki Tanpa Sedar Tertelan Peranti Apple AirPod Miliknya

Reading Time: 1 minute

Peranti audio tersebut didapati masih tetap berfungsi walaupun berada di dalam perutnya.

Seorang lelaki Taiwan dilaporkan telah tertelan AirPod miliknya baru-baru ini. Lelaki tersebut yang bernama Ben Hsu dikatakan tertelan peranti tersebut ketika dia sedang tidur sambil AirPod itu berada di telinganya.

Menceritakannya kembali, selepas tersedar dari tidur, dia menyedari salah satu AirPod miliknya didapati hilang.

Kemudian dengan menggunakan ciri penjejakan menerusi iPhone bagi mengesan AirPod tersebut, dia mendapati AirPod tersebut dikesan masih berada dalam biliknya.

Dia hanya menyedari peranti tersebut berada di dalam badannya selepas mendengar bunyi yang dihasilkan oleh peranti tersebut walau ke mana saja dia bergerak.

I checked under my blanket and looked around but couldn’t find it – then I realised the sound was coming from my stomach.” Ben Hsu.

Selepas itu, dia telah segera ke hospital dan pihak hospital mengesahkan AirPod tersebut berada di dalam perutnya selepas proses x-ray dibuat.

Pihak hospital telah memberikan ubat bagi memudahkan peranti tersebut keluar dari sistem pencernaan dengan membuang air besar.

Hanya sehari selepas kejadian, barulah AirPod tersebut telah berjaya dikeluarkan selepas Ben Hsu membuang air besar.

Peranti tersebut didapati masih berfungsi dengan baik dan kapasiti baterinya pula masih berada pada tahap 41%.

Sumber: Mail Online

ariff bukhari
Tentang Penulis

Ariff Bukhari adalah penulis dan pemilik laman AriffMac.com yang mengkhususkan produk-produk Apple. Kini beliau berkolaborasi bersama team Wiser.my.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *