Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony PlayStation 5

Mahukan Jenama Elektronik Yang Berikan Impak Sosial Paling Ketara? Beli Produk Sony Berbanding Apple – Forbes

Diterbitkan Jun 9, 2023 · Dikemas kini Jun 9, 2023 oleh ariff bukhari

Adakah anda ingin membeli produk elektronik dengan jenama yang memberikan impak sosial yang paling ketara? Anda mungkin perlu memilih produk dari Sony berbanding Apple.

Ini kerana menurut senarai Forbes bagi  “Jenama Terbaik Untuk Impak Sosial 2023”, Sony disenaraikan ditangga pertama mengatasi Apple sebagai jenama yang paling memberi impak kepada sosial bagi kategori elektronik untuk tahun 2023 ini.

Forbes menjelaskan, Sony Corp terlibat dalam pembangunan, reka bentuk, pembuatan, dan penjualan peralatan elektronik, instrumen, peranti, konsol permainan, dan perisian untuk pengguna, profesional dan pasaran perindustrian.

Ia beroperasi melalui pelbagai segmen termasuklah Perkhidmatan Permainan dan Rangkaian, Muzik, Gambar, Hiburan Rumah dan Bunyi, Produk dan Penyelesaian Pengimejan, Komunikasi Mudah Alih, Semikonduktor, Perkhidmatan Kewangan, dan semua yang lain.

Manakala Apple, Inc. pula terlibat dalam reka bentuk, pembuatan, dan penjualan telefon pintar, komputer peribadi, tablet, peranti boleh pakai dan aksesori dan pelbagai perkhidmatan lain yang berkaitan menerusi iPhone, Mac, iPad, AirPods, Apple TV, Apple Watch, produk Beats, Apple Care, iCloud, kedai kandungan digital, penstriman dan perkhidmatan pelesenan.

Jenama Terbaik Untuk Impak Sosial 2023

Forbes bekerjasama dengan HundredX untuk mencipta senarai “Jenama Terbaik Untuk Impak Sosial 2023” ini yang julung kali diadakan.

Senarai itu diperoleh daripada kaji selidik HundredX terhadap lebih daripada 100,000 pengguna di AS.

Ia meletakkan kadar responden 300 jenama paling tinggi dalam empat kategori iaitu nilai jenama keseluruhan dan kepercayaan, pendirian sosial, kemampanan dan sokongan masyarakat.

Hampir 4 juta penilaian dikumpulkan di lebih daripada 2,000 jenama unik.

Berkaitan

  • Machines Adakan 'Warehouse Clearance' Selama 3 Hari Berturut-Turut
  • Selain 'Warehouse Clearance', Ini Promosi Machines Yang Sedang Berlangsung Seluruh Negara
  • Sony Xperia Pro-I II Mungkin Dimuatkan Dua Sensor Kamera 1 Inci

Sumber: Forbes

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY