Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
momentum 5

Sennheiser Lancar ACCENTUM Clip Dan Siri MOMENTUM 5 Di Malaysia, Harga Bermula RM999

Diterbitkan September 21, 2026 oleh ariff bukhari

Sennheiser secara rasmi telah melancarkan tiga produk audio terbaharu di Malaysia, iaitu ACCENTUM Clip, MOMENTUM 5 Wireless, dan MOMENTUM True Wireless 5.

Pelancaran ini memfokuskan kepada kualiti bunyi berdefinisi tinggi, teknologi sambungan terkini, dan reka bentuk mesra alam.

Sennheiser ACCENTUM Clip direka khas untuk kategori open-ear dengan gabungan pemacu dinamik 12mm dan penarafan IP54.

Fon telinga yang hanya seberat 6.8g ini menyokong sambungan Bluetooth 6.0, codec LDAC, serta menawarkan ketahanan bateri keseluruhan sehingga 36 jam pada harga RM999.

ACCENTUM Clip
ACCENTUM Clip tersedia dalam pilihan warna Hitam dan Krim.
Sennheiser Lancar ACCENTUM Clip Dan Siri MOMENTUM 5 Di Malaysia, Harga Bermula RM999

Bagi peminat audio premium, siri MOMENTUM 5 tampil membawa pembaharuan utama menerusi bateri yang boleh diganti sendiri oleh pengguna serta pembungkusan bebas plastik.

Fon kepala MOMENTUM 5 Wireless dijana pemacu 42mm, menyokong penyesuaian audio spatial Dolby Atmos dengan ketersambungan Bluetooth 5.4 (sedia untuk 6.0), fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) yang dipertingkatkan, dan bateri bertahan hingga 57 jam.

Malah, generasi terkini MOMENTUM ini mempertingkatkan lagi keupayaan audionya dengan pensijilan Hi-Res Audio serta teknologi Snapdragon Sound™ yang menampilkan sokongan codec audio Bluetooth® sehingga aptX™ Lossless.

Model MOMENTUM 5 Wireless ini ditawarkan pada harga RM1,999.

 

Sennheiser Lancar ACCENTUM Clip Dan Siri MOMENTUM 5 Di Malaysia, Harga Bermula RM999
MOMENTUM 5 Wireless tersedia dalam warna Hitam, Putih, dan Denim
Sennheiser Lancar ACCENTUM Clip Dan Siri MOMENTUM 5 Di Malaysia, Harga Bermula RM999
Model terbaru ini juga memperkenalkan bateri 700 mAh yang boleh diganti, direka bentuk untuk memenuhi piawaian ketat untuk kegunaan harian tanpa impak pada prestasi akustik.

Sementara, MOMENTUM True Wireless 5 pula membawakan prestasi flagship dalam bentuk kompak dengan pemacu 7mm TrueResponse, cip Snapdragon Sound, sokongan aptX Lossless, dan sistem 8 sensor untuk panggilan suara jelas.

 

“Daripada penghasilan semula audio yang cukup hebat hinggalah kepada perkakasan canggih yang menggerakkan keseluruhannya, MOMENTUM True Wireless 5 mewakili integrasi teknologi audio kami yang paling canggih dalam bentuk fon telinga.” kata Jake Chia, Pengurus Besar Sonova Consumer Hearing Singapore.

Model ini menawarkan masa main balik sehingga 40 jam dan dijual pada harga RM1,699.

Sennheiser Lancar ACCENTUM Clip Dan Siri MOMENTUM 5 Di Malaysia, Harga Bermula RM999
MOMENTUM True Wireless 5 tersedia dalam lima pilihan warna metalik mewah: Cream, Graphite, Copper, Denim, dan Lavender
Sennheiser Lancar ACCENTUM Clip Dan Siri MOMENTUM 5 Di Malaysia, Harga Bermula RM999
Sokongan Bluetooth 6.0 dengan codec aptX Adaptive memberikan sambungan wayarles yang stabil untuk audio resolusi tinggi sehingga 24-bit dan 96 kHz, termasuk aptX Lossless bagi penghantaran sempurna (bit-perfect) pada sumber audio yang disokong.

Kesemua model baharu ini juga boleh diakses dan disesuaikan menerusi aplikasi Smart Control Plus.

Rangkaian produk ini kini boleh didapati di kedai rasmi atas talian Sennheiser, platform Shopee dan Lazada, serta pengedar sah di seluruh negara.

Beli barisan produk Sennheiser dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/clnye1c
  • Lazada – https://invl.me/clnye1b

Berkaitan

  • Sennheiser Lancar HD 480 PRO, Fon Kepala Khusus Untuk Rakaman Audio
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Fon Kepala Premium, Sonos Ace Ultra Dilancar Pada Harga RM2,299

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
©2026 WISER.MY