Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sengaja Jatuhkan Pesawat Untuk Raih Tontonan, ‘YouTuber’ Bakal Berdepan Hukuman Penjara

Sengaja Jatuhkan Pesawat Untuk Raih Tontonan, ‘YouTuber’ Bakal Berdepan Hukuman Penjara

Diterbitkan Mei 15, 2023 ยท Dikemas kini Mei 15, 2023 oleh Amalina Athman

Seorang YouTuber berusia 29 tahun yang sengaja menjatuhkan pesawat untuk meraih tontonan telah bersetuju untuk mengaku bersalah kerana menghalang siasatan perseketuan.

Dalam perjanjian rayuannya, juruterbang California Trevor Jacob mengakui “sengaja memusnahkan” serpihan pesawat dan berulang kali memberikan kenyataan palsu kepada pegawai terlibat.

Berkaitan

  • YouTube Uji Ciri "Block" Penghalang Iklan
  • YouTube Premium Family Untuk Pengguna Malaysia Naik RM7

Pada November 2021, Jacob telah menerbangkan sebuah pesawat kecil dari Lapangan Terbang Lompoc City. Selepas sekitar 35 minit penerbangan, Jacob keluar dari pesawat dan merakamkan dirinya menggunakan payung terjun untuk pendaratan, manakala pesawat itu dibiarkan terhempas.

Jacob telah meletakkan sejumlah kamera di beberapa bahagian pesawat dan membawa bersamanya payung terjun, kamera video dan selfie stick. Setelah berjaya melakukan pendaratan dengan payung terjun, dia kemudiannya mengambil data rakaman video di bangkai pesawat.

Kira-kira sebulan selepas kemalangan itu, dia memuat naik video di YouTube bertajuk “I Crashed My Airplane”, yang menunjukkan nahas itu dan dirinya dengan payung terjun. Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut berjaya meraih 4.1 juta tontonan.

https://www.youtube.com/watch?v=vbYszLNZxhM

Dengan pengakuan atas kesalahan tersebut, Jacob bakal berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan kemungkinan denda sehingga $250,000 (~RM1.12 juta). Namun, Mahkamah Daerah Los Angeles mungkin mengenakan hukuman yang lebih ringan disebabkan perjanjian pengakuan itu.

Sumber: Ars Technica

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • HONOR 600S 5G Kini Dijual Di Malaysia, Bateri 8,100mAh Pada Harga RM1,299
  • CMF Perkenal Speaker S Dan Speaker M, Bateri Sehingga 18 Jam
  • COROS PACE 4 Pro Dilancar 21 Oktober Ini, Skrin Lebih Besar, Bateri Tahan Lama
  • Pengguna Nothing Mula Terima Kemas Kini Nothing OS 5.0
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Kongsi, Cipta 'Sticker' Berbunyi
  • Microsoft Perkenal Maia 300 Dengan Memori HBM4 288GB
  • Microsoft Mula Guna Cip AI Sendiri Dalam Pusat Data, Perlu Tenaga Setara Beberapa Loji Nuklear
  • NVIDIA Dan Cisco Perkenal Format Sambungan Optik Baharu Berkelajuan Sehingga 12.8Tb/s
©2026 WISER.MY