Senarai Telefon Yang Bakal Dimuatkan Dengan Snapdragon 835 Pada Tahun 2017

Snapdragon 835 cip Qualcomm dijangka dimampatkan dengan kuasa yang tinggi bersama pelbagai ciri baru yang lebih baik untuk generasi telefon pintar akan datang termasuk kelajuan 5G data, platform realiti maya diperkukuhkan, dan tahap keupayaan fotografi yang dipertingkatkan.

Peranti yang dimuatkan bersama cip pemprosesan ini masih lagi belum diumumkan tetapi kami yakin Galaxy S8 akan menjadi peranti pertama yang bakal diketengahkan ke pasaran. Berikut merupakan beberapa senarai telefon pintar Snapdragon 835 yang bakal diperkenalkan dalam tahun 2017.

Sony Xperia XZ Premium

maxresdefault
Sony mengumumkan Premium Xperia XZ semasa MWC 2017 pada akhir Februari yang lalu sebagai salah satu peranti pertama mereka yang bakal menampilkan cip Snapdragon 835. Peranti ini kini boleh didapati melalui pembelian secara preorder di U.K dengan harga £649 yang bakal dipasarkan secara rasmi pada bulan Jun hadapan.

Peranti ini dibina dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 5.46 inci dengan sokongan paparan 4K. Ianya juga bakal dimuatkan dengan sensor Motion Eye 18-Megapixel pada kamera utama dan 13-Megapixel kamera selfie. Xperia XZ Premium ini juga memiliki saiz RAM 4GB dan kapasiti bateri 3230mAh.

Samsung Galaxy S8 / Galaxy S8 Plus

this-is-allegedly-the-galaxy-s8

Seperti yang telah anda ketahui, Galaxy S8 dan S8 Plus merupakan peranti pertama yang akan dipasarkan bersama cip Snapdragon 835 mengikut tempat. Rasanya kalau pasaran Malaysia Samsung guna cip Exynos 9.

Antara spesifikasi yang dikenalpasti adalah peranti ini tidak mempunyai rekaan butang home di bahagian depan. Jika dilihat peranti ini seakan-akan tiada bezel. Pengimbas cap jari akan diubah ke bahagian belakang peranti. Peranti ini bakal dibina dengan paparan skrin WQHD 5.2 inci manakala 5.8 inci untuk S8 Plus. Tetapi agak mengecewakan S8 hanya dimuatkan dengan bateri 3000mAh dan 3500mAh untuk S8 Plus. Agak kecil untuk peranti flagship ketika ini.

Motorola Moto Z 2017

f90f6d82fc390c7f6e4e54a1226558f1c6b8061b
Berita mengenai flagship Motorola baru timbul selepas beberapa ketirisan informasi semasa MWC 2017. Walau bagaimanapun, pada masa ini tidak banyak yang kami ketahuitentang Moto X 2017 selain dijanakan dengan cip Snapdragon 835.

Nokia 8

Untitled

Selepas mengeluarkan beberapa peranti kelas pertengahan, HMD sedang bersedia untuk melancarkan Nokia 8 dengan cip Snapdragon 835. Peranti ini  dikhabarkan bersedia untuk pelancaran pada bulan Jun hadapan dan mungkin akan dimuatkan bersama beberapa ciri premium termasuk paparan Quad HD, 64GB, kamera 24MP dan pilihan storan 128GB.

Xiaomi Mi 6

xiaomi-mi-seriesSeterusnya Xiaomi Mi 6. Mengikut laporan, peranti ini akan hadir dengan dua variasi iaitu 5.1 inci/RAM 4GB dan 5.7 inci/RAM 6GB. Ianya bakal diumumkan pada bulan hadapan bermula pada harga $290.

OnePlus 5

oneplus-5-vs-apple-iphone-8-which-is-worth-the-wait

Ini dia, pembunuh flagship bersiri tampil lagi dengan OnePlus 5 yang juga dijangka memperagakan cip pemprosesan Snapdragon 835. Tahun sebelum ini kita dapat saksikan model OnePlus 3 dan 3T mendapat pujian daripada pengguna dan pengkritik. Manakan tidak, dengan harga yang rendah, pengguna dapat peranti yang memiliki spesifikasi tinggi, sama taraf dengan peranti flagship RM3000 ke atas yang lain.

Seperti yang dijangka, peranti ini bakal dimuatkan dengan RAM 6GB bersama pilihan storan 64GB dan 128GB. Dengan kamera 23MP dan bateri gergasi 4,000mAh, syarikat telefon lain harus berwaspada.

Microsoft Surface

surfacephone

Mengikut laporan yang kami terima, Microsoft sedang mengorak langkah untuk memperkenalkan telefon pintar mereka sendiri yang juga dimuatkan dengan cip pemprosesan Snapdragon 835. Antara spesifikasi lain adalah, ianya mempunyai paparan HD 5.5 inci bersama RAM 4GB atau 6GB bersama sistem operasi Windows 10 Mobile. Namun, kami tidak dapat pastikan sama ada peranti ini akan diumumkan pada tahun ini atau tahun depan.