Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2019-03-18 at 4.02.02 PM

Senarai Peranti OPPO Yang Bakal Menerima Color OS 6

Diterbitkan Mac 18, 2019 oleh Helmi Samsuri

Pertama sekali versi beta diumumkan pada November lepas, sistem antaramuka terbaru dari OPPO, ColorOS 6 telah rasmi dilancarkan.

Menawarkan rekaan baru dari segi pengoperasian antaramuka bersama beberapa ciri, senarai rasmi peranti yang akan menerimanya sudah dikongsikan syarikat pengeluar. Model-model yang tersenarai adalah seperti berikut;
Senarai Peranti OPPO Yang Bakal Menerima Color OS 6

  • April – R15 dan R15 Dream Edition
  • Penghujung Ogos – Find X, R17 dan R17 Pro
  • Penghujung September – R11s, R11s Plus, R11, R11, R11 Plus, A7X, A3

Siri baru yang diumumkan, Reno bakal menjadi yang pertama menikmati ColorOS 6 yang mana ia mengoperasikannya terus dari kotak.

Antara penambahbaikan yang diberikan pada antaramuka ialah dari segi visual seperti susun atur menu tetapan, warna baru bagi ikon, navigasi sentuhan (gestures), HyperBoost yang dikemaskini termasuk GameBoost 2.0 dan banyak lagi.

Penawaran dilihat dibuat secara berperingkat, oleh itu, bagi pemilik model yang tidak tersenarai diharapkan bersabar dan menunggu pengumuman rasmi dari pengeluar.

Sumber: GizChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY