Cip pemproses siri AMD Ryzen 9000 telah diperkenalkan secara rasmi pada Jun lepas dan kini ia mula tersedia. Lanjutan itu, MSI turut mengumumkan sokongan papan induk mereka dengan platform AM5 yang akan memanfaatkan teknologi 4nm.
Buat masa sekarang, cip AMD Ryzen 7 9700X dan Ryzen 5 9600X sudah tersedia secara rasmi. Sementara Ryzen 9 9950X dan 9900X akan dilancarkan pada 15 Ogos. Imbas kembali, barisan cip pemproses tersebut menampilkan sehingga 16 teras dan 32 bebenang. Secara teorinya lagi, kelajuan CPU maksimum adalah 5.7GHz, 64MP L3 cache dan penggunaan kuasa (TDP) maksimum 170W.

Selain itu, cip pemprosesan tersebut turut menyokong PCIe 5.0 untuk GPU dan M.2 serta kelajuan memori DDR5 turut dipertingkat. Dengan ini, ia menawarkan peningkatan prestasi CPU sekitar 12%.
Dalam pada itu, bersempena cip siri Ryzen 9000, papan induk baharu juga ditawarkan yang mana ia menyokong EZ M.2 Shield Frozr II and EZ M.2 Clip II di mana membenarkan pengguna mudah untuk memasang penenggelam haba (heatsink) lebih efisien. Malah, papan induk ini juga menampilkan rekaan tanpa skru untuk storan M.2 SSD dan “butang” bagi memudahkan penukaran kad grafik.
Lain-lain penawaran terbaru dalam papan induk MSI adalah termasuk suis bagi memudahkan penggemar overclock dalam BIOS termasuk untuk talaan memori (RAM).
Kesemua ciri baharu ini menyokong papan induk AM5 dan juga siri AMD 600 yang mana memerlukan kemas kini bagi menikmatinya.
Berikut adalah papan induk siri AMD 600 yang menyokong cip siri Ryzen 9000 di Malaysia:
X670
- MAG X670E TOMAHAWK WIFI
- X670E GAMING PLUS WIFI
- PRO X670-P WIFI
B650
- MAG B650 TOMAHAWK WIFI
- MPG B650 EDGE WIFI
- B650 GAMING PLUS WIFI
- B650M PROJECT ZERO
- MAG B650M MORTAR WIFI
- MPG B650I EDGE WIFI
- PRO B650M-A WIFI
- B650M GAMING PLUS WIFI
- B650M GAMING WIFI
{suggest}
Sumber: Siaran media MSI







