AMD telah mendedahkan perincian bagaimana teknologi baharunya, yang dikenali sebagai AMD Neural Texture Block Compression, atau singkatannya NTBC, di Simposium Eurographics mengenai Rendering (EGSR) di London, baru-baru ini.
NTBC direka untuk mengecilkan saiz fail permainan komputer sekali gus memberikan lebih ruang storan yang diperlukan kepada permainan.
AMD menjelaskan, NTBC memampatkan tekstur berkualiti tinggi tanpa menjejaskan prestasi keseluruhan dan mengekalkan ‘kualiti yang munasabah.’
AMD mendakwa, teknologi mereka itu boleh mengecilkan saiz fail permainan sehingga 70%, yang mampu mengecilkan saiz fail pemasangan ‘Call of Duty‘ daripada 150GB kepada hanya 45GB sahaja.
Shin Fujieda dan Takahiro Harada dari AMD telah mengeluarkan kertas teknikal penuh mengenai teknologi NTBC itu dan cara ia berfungsi.
https://x.com/GPUOpen/status/1810439717714034957?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1810439717714034957%7Ctwgr%5E8a9a284188a98eeec1be9f4290d232b6ba564d05%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.tweaktown.com%2Fnews%2F99269%2Famds-new-tech-can-reduce-call-of-dutys-massive-150gb-install-size-by-up-to-70%2Findex.html
Perkara utama tentang teknologi AMD ini ialah ia berfungsi dengan format ‘mampatan blok’ atau BC sedia ada dan direka bentuk untuk menjadi pengganti ‘drop-in‘ mudah untuk kaedah mampatan tekstur sedia ada yang digunakan oleh pembangun permainan.
“Ia telah direka bentuk agar serasi dengan format BC sedia ada, terutamanya BC1 dan BC4, dengan saiz storan yang lebih kecil, dan boleh digunakan sebagai pengganti drop-in untuk saluran paip grafik sedia ada,” jelas AMD.
AMD menambah bahawa seperti FSR (AMD FidelityFX™ Super Resolution) atau DLSS (NVIDIA Deep Learning Super Sampling), dua teknologi ini menyokong mod kualiti berbeza yang akan menjejaskan imej yang terhasil.
Tetapi dengan NTBC, ia boleh mencapai nisbah mampatan fail yang lebih baik daripada BC standard untuk kedua-dua pendekatan sambil menghasilkan tekstur kualiti yang munasabah.
Walau bagaimanapun, terdapat tukar ganti antara kualiti dan nisbah mampatan untuk pendekatan agresif dan konservatif. Pendekatan agresif bagi mencapai nisbah mampatan yang lebih baik tapi masih pada kos penurunan kualiti visual yang kecil.
“Oleh itu, kami menyerahkan kepada pengguna untuk memutuskan pendekatan mana, termasuk BC standard, untuk digunakan bergantung pada keperluan mereka. Kami berpendapat fleksibiliti ini adalah salah satu kekuatan NTBC hasil keserasiannya dengan BC (Block Compression) sedia ada.”
Sebagai bonus, teknologi baharu ini akan membebaskan VRAM dengan saiz tekstur yang lebih kecil.
Cuma buat masa ini, tiada maklumat lanjut bila NTBC ini akan tersedia kepada pembangun.
Seperti anda tahu, kebanyakan judul permainan AAA mempunyai saiz yang sangat besar. Malah, Call of Duty: Black Ops 6 sebelum ini juga dilihat hadir dengan saiz 309.85 GB di konsol Xbox Series S/X.
{suggest}
Sumber: Tweak Town, AMD