0

PUBG dan Fortnite merupakan fenomena sebelum ini dalam kalangan pemain permainan video.

Menambah lagi persaingan dalam permainan bergenre battleroyale, Apex Legends telah diperkenalkan seminggu lebih yang lalu. Ia merupakan permainan terbitan Electronice Arts (EA) dan dibangunkan oleh Respawn Entertainment.

Dalam masa tempoh tiga hari dari hari pelancaran, Apex Legends telah dimainkan oleh 10 juta orang pemain. Untuk perbandingan, Fortnite memerlukan dua minggu untuk angka yang sama.

Berdasarkan perkongsian Twitter pihak pembangun, permainan tersebut sudah merekodkan 25 juta pemain hanya dalam masa seminggu dan dimainkan oleh 2 juta pemain secara serentak sepanjang minggu lepas.

Apex Legends ditawarkan untuk platform komputer serta konsol dan laporan sebelum ini menyatakan,  EA bercadang untuk membawanya ke peranti mudah alih iOS serta Android.

Sumber: Vince Campella via The Verge

Comments

Leave a reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

More in Berita

You may also like