realme Malaysia Lancar Vakum, Pembersih Udara Dan Pengering Rambut

realme Malaysia datang lagi dan kali ini mereka bukan memperkenalkan telefon pintar tetapi barisan perkakasan rumah pintar untuk siri realme TechlLife. Menerusi acara pelancaran dalam talian yang dilangsungkan hari ini, sebanyak enam produk telah diperkenalkan terdiri daripada produk permbersihan rumah dan diri.

Vakum


Bagi kategori ini, dua model ditawarkan iaitu realme TechLife Robot Vacuum dan realme TechLife Handheld Vacuum.

Daripada nama pun anda sudah boleh bayangkan dimana Robot Vacuum bakal bekerja tanpa wayar dan boleh dikawal menerusi aplikasi. Robot vakum ini mempunyai dua fungsi iaitu menyedut dan mengemop lantai.



Bagi melicinkan tugasan, ia akan datang dengan sensor LiDAR untuk memudahkan navigasi dan proses pemetaan. Meneliti kepada spesifikasi lebih lanjut, ia hadir dengan kapasiti tangki air sebesar 3liter, ruang pungutan sampah 0.6liter, kebolehan berputar 360 darjah serta bateri 5200mAh.

Sebuah lagi vakum adalah jenis yang perlu diusung ke sana ke mari tetapi tanpa wayar. realme TechLife Handheld Vacuum diserta dengan bateri 2200mAh, kuasa sedutan sehingga 9.5KPa, 40 minit waktu operasi, dan turut dijanjikan dengan bunyi yang perlahan.



Masing-masing bakal dijual pada harga RM 399 dan RM1999 untuk robot vakum. Tetapi anda boleh dapat harga lebih murah untuk jenis handheld pada 18 Oktober 2021, iaitu RM349.

Pengering rambut dan pencukur




Lepas bersihkan rumah anda mungkin mahu bersihkan diri pula, bagi siri realme TechLife terdapat dua produk mengkhususkan penjagaan diri iaitu realme Hair Dryer dan realme Beard Trimmer Plus.



Pengering rambut ini bakal dijual pada harga RM199 sementara pencukur pula dijual pada nilai RM99. Harga asal realme Beard Trimmer Plus adalah Rm169, tetapi dijual bawah RM100 hanya pada 18 Oktober 2021 sahaja di Lazada.

Pembersih udara


Rumah dah bersih, rambut dah kering, muka dah licin dan tiba masanya anda hirup udara lebih segar. Untuk itu, realme menyediakan realme TechLife Air Purifier yang boleh dimiliki pada harga RM499.



Tetapi harga lebih murah, RM399 boleh didapati pada tarikh 18 Oktober 2021 di Lazada sempena jualan hari pertama. Antara spesifikasi yang tampil pada pembersih udara realme adalah penapi HEPA serta bunyi yang lebih perlahan sewaktu beroperasi.