EA Bercadang Untuk Bawa Apex Legends Ke Pasaran Android & iOS

Apex Legends, satu lagi permainan battle royale yang secara tiba-tiba menjadi fenomena ketika ini selepas PUBG dan Fortnite.

Melihat kepada kejayaan permainan itu di pasaran PC dan konsol, pembangunnya, Electronic Arts(EA) bercadang untuk membawanya ke peranti mudah alih pula di masa akan datang.

Mencatatkan sejumlah 10 juta muat turun dalam masa 72 jam dilancarkan, ia dibantu dengan statusnya sebagai permainan free-to-play serta latar permainan yang berkonsepkan dunia Titanfall, sebuah lagi siri permainan popular dari EA.

https://youtu.be/D5GD_6htAQ0

Melihat kepada kualiti grafik yang ada pada edisi PC dan konsol permainan ini, kami menjangkakan Apex Legends akan mempunyai kualiti grafik yang sama seperti PUBG Mobile(atau lebih baik) jika dilancarkan untuk platform mudah alih nanti.

Selain itu, terdapat juga ura-ura menyatakan bahawa permainan ini akan dapat dimainkan secara cross-play dalam masa terdekat. Akan tetapi, tiada maklumat lanjut mengenai perkara itu berjaya diperolehi setakat ini.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba permainan terbaru dari EA Games ini, anda boleh muat turun permainan melalui pautan-pautan berikut - PCPS4Xbox One.

 

Sumber: Android Pit