Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
twitter spaces

Twitter Spaces Kini Boleh Dihos Oleh Semua Pengguna

Diterbitkan Oktober 22, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Salah satu ciri terbaru Twitter, iaitu Twitter Spaces yang diperkenalkan beberapa bulan lalu kini sudah boleh dimulakan oleh semua pengguna Twitter tanpa sebarang syarat.

Terdahulu, Twitter Spaces hanya boleh dicipta dan dihos oleh pengguna yang mempunyai pengikut sekurang-kurangnya seramai 600 manakala bagi pengguna yang tidak mencukupi syarat, mereka hanya boleh menyertai sama ada sebagai pendengar ataupun diberi akses untuk bercakap oleh hos.

the time has arrived — we’re now rolling out the ability for everyone on iOS and Android to host a Space

if this is your first time hosting, welcome! here’s a refresher on how pic.twitter.com/cLH8z0bocy

— Spaces (@XSpaces) October 21, 2021

Twitter Spaces adalah sebuah ciri perbualan audio yang diperkenal bagi menyaingi aplikasi Clubhouse yang mendapat sambutan hangat secara mendadak walaupun pada awalnya hanya tersedia untuk pengguna iOS. Buat masa ini ia hanya boleh diakses di Android dan iOS, Twitter tidak menyatakan bilakah ia akan disokong pada web.

Untuk memulakannya, anda perlu menekan butang untuk Tweet selama beberapa saat dan ikon butang Spaces yang berwarna ungu akan kelihatan. Jika anda dapati fungsi Spaces masih belum tersedia, kemas kini aplikasi Twitter anda melalui Google Play Store atau Apple App Store.

Pada Ogos lalu, Twitter telah memansuhkan ciri Fleet yang seakan-akan Instagram Stories walaupun baru sahaja dilancarkan kurang dari setahun.

Sumber: Twitter

Baca juga:

  • Terima OTP dari MySejahtera? KKM Nafi Kebocoran Data MySejahtera
  • Dikatakan Sebagai “Game Changer”, Sony Xperia Baharu Akan Dilancar Minggu Depan
  • Google Rasmikan Siri Pixel 6 – Rekaan Baharu, Cip Tensor Dan Kamera Besar
  • Tiada Lagi Fleets Atau “Stories” Di Twitter Bermula 3 Ogos 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY