Twitter hari ini mengumumkan yang mana mereka sedang menguji ciri butang undian ‘upvote’ dan ‘downvote’, mirip yang ada pada Reddit. Menurut Twitter, ia kini sudah boleh digunakan bagi sebilangan pengguna iOS dan jangan keliru kerana ini bukanlah butang ‘dislike’.
Seperti gambar yang dikongsikan, butang ‘upvote’ dan ‘downvote’ ini akan diletakkan sebaris bersama butang ‘reply’ dan ‘retweet’ daripada twit yang dibuat serta ia akan berbentuk anak panah ke atas atau ke bawah.
https://twitter.com/TwitterSupport/status/1417920469265788931?s=20
Bagi anda yang tidak tahu bagaimana fungsi tersebut digunakan di Reddit, ia adalah untuk memberitahu sama ada ‘reply’ yang dihantar berguna/relevan atau tidak berdasarkan topik yang diperbualkan.
Selain itu, Facebook telah secara rasmi menawarkan ciri seumpama di ruangan komen Facebook Group baru-baru ini.
Sementara itu, Twitter juga sedang menguji fungsi baharu untuk Twitter Spaces yang mula digunakan ramai, iaitu ciri mengubah nada suara atau menambah kesan khas gema (echo).
Twitter is working on Voice Transformer for @TwitterSpaces which changes your voice pitch or adds echo to your audio pic.twitter.com/EgSvherbnL
— Jane Manchun Wong (@wongmjane) July 22, 2021
Sumber: Twitter, @wongmjane
Baca juga artikel berkaitan: