Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bank malaysia cimb mae maybank boost bank islam tng

DuitNow Request Mudahkan Anda Kutip Hutang – Kini Disokong MAE

Diterbitkan Disember 22, 2022 · Dikemas kini Disember 22, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

DuitNow merupakan salah satu platform yang membenarkan pengguna menghantar dan menerima wang rentas platform dan institusi kewangan.

Seperti namanya, ia membolehkan transaksi berlaku dalam masa nyata iaitu selesai sejurus ia diluluskan, tanpa mengira waktu.

Perintis Inovasi Penyelesaian Pembayaran – Shopee Sertai Ekosistem DuitNow 2.0

DuitNow Transfer merujuk pada transaksi pemindahan wang cara biasa melalui nombor akaun bank, nombor MyKad, nombor pendaftaran perniagaan.

DuitNow QR pula hadir dengan kod QR yang benarkan aplikasi e-dompet dan perbankan imbas kod dan hantar duit/bayar.

shopeepay duitnow

DuitNow Request ialah sebuah ciri yang membolehkan anda menghantar permintaan mendapatkan wang daripada pengguna DuitNow lain.

Setakat ini, bank yang sokong ciri Request ini ialah Maybank (MAE), Bank Islam, Bank Muamalat, Citibank, HSBC, HSBC Amanah, OCBC, OCBC Al-Amin, Standard Chartered, Standard Chartered Saadiq.

Contohnya, anda pilih DuitNow Request di MAE. Anda masukkan nombor telefon kawan anda yang dia pautkan dengan DuitNow Bank Islam. Jadi, aplikasi Bank Islam Go akan hantar notifikasi padanya untuk luluskan permintaan anda.

Berkaitan

  • Apa Itu DuitNow, Dan Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenainya
  • Senarai Bank Dan e-Dompet Yang Menyokong DuitNow
  • Cara Mudah Papar Kod QR DuitNow Tanpa Sentuh Skrin iPhone
  • ShopeePay Kini Sokong DuitNow, Pemindahan Wang Masuk Ke Akaun Bank Serta-Merta
  • Semua Pengesahan DuitNow Transfer Dan 'Favourite' Di Aplikasi MAE Perlu Guna Secure2u Bermula Minggu Depan

Namun, diingatkan individu perlu pautkan terlebih dahulu nombor telefon/MyKad pada akaun bank atau e-dompet yang anda mahu.

Contohnya, nombor telefon dipautkan dengan akaun CIMB, nombor MyKad dengan TNG eWallet.

Menurut DuitNow, pengguna individu dihadkan transaksi RM50,000 sehari (RM0.50 caj jika lebih) manakala perniagaan pula RM10,000,000 satu transaksi.

Untuk maklumat lanjut, sila ke laman web DuitNow.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY