Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Selangor FC Mahu Bangunkan Aplikasi, Mudahkan Beli Makanan Dalam Stadium

Posted on November 27, 2023

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) telah berkolaborasi dengan Citadel Group Technologies untuk mencipta sebuah platform digital yang mempermudah penyokong Selangor FC dalam urusan mereka.

Pegawai eksekutif FAS menyatakan bahawa platform hasil kerjasama setahun bersama syarikat teknologi itu dijangka akan dilancarkan pada awal April untuk menyambut pelancaran musim baharu.

Kerjasama ini akan memberikan banyak kelebihan kepada penyokong, meningkatkan keselesaan mereka, serta meningkatkan taraf platform sedia ada dengan jaminan kualiti yang lebih tinggi.

Dr. Johan Kamal Hamidon menyatakan penyokong akan menikmati kemudahan seperti pembelian makanan secara digital yang dihantar kepada mereka. Terdapat juga perbaikan pada kedai cenderamata dan pembelian tiket sebagai sebahagian daripada teknologi yang akan diteroka.

Dr. Johan mengungkapkan bahawa FAS sedang merancang untuk melancarkan sebuah aplikasi yang lengkap dengan teknologi terkini dalam beberapa bulan akan datang.

Perkara tersebut masih dalam perbincangan dan mereka tidak mahu buat secara ala kadar. Mereka mahu menyediakan beberapa fungsi lain dalam aplikasi tersebut serta menambah beberapa kemudahan lain.

{suggest}

Sumber: Selangorkini, SelangorFC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress