Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
stardust 2

Aplikasi Popular Jejak Kitaran Haid Didapati Berkongsi Nombor Telefon Pengguna Dengan Firma Analitik

Diterbitkan Jun 28, 2022 · Dikemas kini Jun 28, 2022 oleh ariff bukhari

Sebuah aplikasi popular yang berfungsi sebagai penjejak kitaran haid wanita didapati berkongsi nombor telefon penggunanya dengan pihak ketiga iaitu sebuah firma analitik yang berkemungkinan digunakan bagi mengenal pasti individu yang menggunakan aplikasi tersebut.

TechCrunch yang melaporkan penemuan itu menyatakan, mereka menjalankan analisis terhadap trafik rangkaian aplikasi itu di iPhone bagi memahami jenis data yang masuk dan keluar melalui aplikasi tersebut.

Aplikasi Popular Jejak Kitaran Haid Didapati Berkongsi Nombor Telefon Pengguna Dengan Firma Analitik

Hasilnya mereka dapati apabila pengguna log masuk ke dalam aplikasi tersebut dengan menggunakan nombor telefon, aplikasi Stardust dari masa ke semasa akan berkongsi nombor telefon pengguna dengan sebuah firma pihak analitik pihak ketiga yang dikenali sebagai Mixpanel.

Walaupun ketika analisis trafik yang dibuat TechCrunch itu tidak mengesan sebarang aktiviti perkongsian data kesihatan pengguna, tetapi mereka menyatakan berkongsi nombor telefon penggunanya itu akan menyebabkan pihak pendakwaan boleh meminta Mixpanel menyerahkan data tersebut kepada pendakwa walaupun Stardust mendakwa ia tidak boleh dilakukan.

Aplikasi Stardust kini menjadi aplikasi kedua paling popular dalam Apple App Store bagi kategori Gaya Hidup selepas mereka mengumumkan akan beralih kepada ciri penginkripan data.

Walaubagaimanapun selepas dihubungi TechCruch, Stardust secara diam-diam telah mengubah privasi polisi mereka sekali lagi berkaitan  penginkripan tersebut.

Ini bukanlah aplikasi jejak kesihatan pertama yang berdepan dengan kontroversi berkongsi data dengan piohak ketiga.

Tahun lalu, aplikasi Flo terpaksa menyelesaikan isu perlanggaran polisi privasi dengan Suruhanjaya Persekutuan Perdagangan Amerika Syarikat (FTC)

Manakala aplikasi Glow pula terpaksa selesaikan dengan Kerajaan Negeri California selepas mendedahkan informasi kesihatan pengguna wanita.

Sumber: TechCrunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY