Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sweatcoin 5

Muat Turun Aplikasi Ini Dan Dapat Ganjaran Dengan Berjalan Kaki

Diterbitkan Julai 7, 2022 ยท Dikemas kini Julai 7, 2022 oleh ariff bukhari

Percaya atau tidak, aplikasi ini membolehkan anda mendapat ganjaran apabila anda berjalan kaki.

Aplikasi bernama Sweatcoin ini yang telah dimuat turun oleh lebih daripada 900 juta pengguna di seluruh dunia sejak 2016 dahulu memberikan ganjaran kepada penggunanya bagi setiap 1,000 langkah berjalan kaki.

Kini terdapat lebih daripada 100 juta pengguna aktif aplikasi tersebut.

Sweatcoin 3
Setiap 1000 langkah berjalan kaki, anda akan dapat 1 Sweatcoin (SWC).

Ganjaran yang diberi adalah dalam bentuk ‘Sweatcoin’ (SWC) yang membolehkan anda membelanjakannya bagi membeli pelbagai barangan.

Antara yang ditawarkan dalam stor aplikasi Sweatcoin ini adalah seperti Apple AirTag, baucar Amazon, barangan Adidas, langganan Netflix dan banyak lagi.

Sweatcoin 1
Anda juga boleh menderma dan membida barangan yang ditawarkan menerusi aplikasi Sweatcoin.

Kiraan langkah yang dikira aplikasi ini pula tidak semestinya anda memerlukan jam pintar.

Sebaliknya kiraan lanhkah juga boleh dikira menerusi dari telefon pintar anda.

Sweatcoin 2
Data langkah berjalan kaki disepadukan bersama servis GoogleFit.

Aplikasi Sweatcoin boleh dimuat turun secara percuma. Tetapi jika anda mahukan lebih akses, tawaran dan ganjaran, anda boleh melanggan aplikasi ini pada harga RM30.99/bulan atau RM154.99/tahun.

Sweatcoin 4

Apa yang bleh disimpulkan adalah aplikasi Sweatcoin ini secara tidak langsung menggalakkan masyarakat perbanyakkan aktiviti berjalan kaki yang terbukti baik untuk kesihatan.

Di samping itu, anda juga dapat ganjaran yang boleh diterjemahkan dalam bentuk nilai digital sambil berjalan kaki.

Aplikasi Sweatcoin ditawarkan untuk peranti Android dan iOS.

Screenshot 2022-07-07 at 12.48.13 PM
Aplikasi Sweatcoin ini tersenarai dalam 10 aplikasi teratas dalam App Store.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY