Walaupun menyatakan secara terang larangan penggunaan Office 365, perkhidmatan awan lain milik Google dan Apple juga dikatakan tidak memenuhi peraturan privasi yang ditetapkan untuk sekolah di negara terbabit.
Difahamkan, isu ini timbul selepas Microsoft menutup pusat data mereka di Jerman pada Ogos tahun lalu dan lanjutan daripada itu, ia dilihat berpotensi mewujudkan risiko data pengguna diakses oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat.
Isu privasi itu berkait rapat dengan maklumat telemetri oleh sistem operasi Windows 10 serta perkhidmatan awan syarikat yang dihantar semula ke Amerika Syarikat.
Maklumat tersebut berkemungkinan mengandungi pelbagai data diagnostik perisian hingga kepada kandungan aplikasi Office, seperti subjek e-mel atau ayat dari dokumen yang menggunakan ciri terjemahan dan pemeriksa ejaan syarikat tersebut.
Pengumpulan maklumat-maklumat tersebut disifatkan sebagai melanggar Peraturan Perlindungan Data Umum Eropah (GDPR) yang telah berkuatkuasa sejak Mei tahun lalu.
Buat masa sekarang, pesuruhjaya negeri di Hesse memberi cadangan kepada sekolah-sekolah supaya beralih kepada aplikasi serupa yang mendapat pelesanan tempatan.
Sumber: The Next Web
Berkaitan
- CEO Apple Jelaskan Kenapa iPhone 2018 Dijual Dengan Harga Tinggi
- Google Pixel 3 Mengalami Masalah Kepanasan Sehingga Mematikan Peranti
- Tertiris - Apple Watch 3 Mungkin Hadir Dengan Fungsi Ukur Kadar Pernafasan
- 5 Fungsi Tersembunyi Google Chrome Yang Patut Anda Tahu
- Windows 10 S - Hanya Pelayar Web Microsoft Edge Sahaja Boleh Ditetapkan Secara Lalai
- Apple IOS 10 Akan Mula Ditawarkan 13 September Ini.
- Bukan Lagi Khabar Angin, Google Pixel 2 Sah Hadir Di Pasaran Tahun Ini
- Adakah Microsoft Akan Ikut Jejak Langkah Menyekat Huawei Dari Menggunakan Windows 10?
- Apple Dikatakan Bakal Keluar Dengan Model Melengkung Seperti Samsung
- Tiada Sambungan Internet? Google Ada Sediakan Permainan Tersembunyi Untuk Anda