Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Adakah Microsoft Akan Ikut Jejak Langkah Menyekat Huawei Dari Menggunakan Windows 10?

Adakah Microsoft Akan Ikut Jejak Langkah Menyekat Huawei Dari Menggunakan Windows 10?

Diterbitkan Mei 21, 2019 ยท Dikemas kini Mei 21, 2019 oleh Helmi Samsuri

Hangat diperkatakan ketika ini, kemelut yang melanda antara Huawei dan Amerika Syarikat ketika ini menimbulkan pelbagai persoalan terutama sekali dalam kalangan pengguna.

Kita sudah jelas bahawa beberapa gergasi teknologi berpengkalan di Amerika Syarikat seperti Google, Qualcomm dan Intel sudah mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan perniagaan dengan Huawei.

Namun begitu, Microsoft dikatakan masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut. Umum mengetahui yang mana komputer riba keluaran Huawei dioperasikan dengan sistem operasi Windows milik Microsoft.

Berdasarkan laporan dari Tech Radar, Microsoft menyatakan “kami tidak punyai apa-apa untuk dikongsikan” selepas dihubungi untuk mendapatkan maklum balas dari syarikat tersebut.

Ini mungkin petunjuk bahawa kemaskini Windows 10 akan tetap diberi kepada pengguna tetapi dalam masa yang sama, mereka dilihat seakan-akan tidak mahu menafikan perkara tersebut.

Sedia dihalang dari menggunakan cip, halangan pada sistem operasi Windows pastinya memberi impak yang besar barisan komputer riba Huawei akan datang. Walaupunbegitu, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi dari Microsoft sendiri berkenaan dengan perkara yang berlaku.

Sumber: Tech Radar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY