Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Belum Rasmi Tapi Kad TNG Baru Dah Boleh Dibeli

Belum Rasmi Tapi Kad TNG Baru Dah Boleh Dibeli

Diterbitkan April 14, 2022 · Dikemas kini April 15, 2022 oleh Nadiah Ab

Kemas kini: Menurut Amanz.my, kad Enhanced Touch ‘n Go ini nampaknya sudah dihentikan sementara jualan di kiosk Nu Sentral. Namun, masih ada penjual di Lazada dan Shopee yang masih menerima pra-tempah kad ini tetapi dengan harga yang lebih mahal.

Awal minggu ini, telah saya kongsikan berita tentang kad Touch ‘n Go (TNG) baharu yang akan dilancarkan oleh Touch ‘n Go.

Juga dikenali sebagai Enhanced Touch ‘n Go, ia dikuasakan oleh near-field communication (NFC) ini membolehkan pengguna untuk menambah nilai melalui aplikasi TNG eWallet.

kad tng
Sumber: Facebook SoyaCincau

Menurut hantaran oleh SoyaCincau di Facebook hari ini, kad baru TNG ini dijual pada harga RM10 dan sudah boleh didapatkan di kiosk TNG di Aras 2, Nu Sentral.

Seperti TNG yang lama, kad baru ini juga mempunyai tarikh luput, kurang dari 7 tahun.

kad tng
Sumber: Facebook SoyaCincau

Walau bagaimanapun, buat masa ini, anda hanya boleh membuat tambah nilai kad Enhanced TNG secara manual di kiosk sehingga aplikasi TNG eWallet menerima kemas kini baharu.

Sumber: Facebook SoyaCincau

Foto Utama: Facebook SoyaCincau

Baca juga:

  • Kad Touch ‘N Go Baru Berdaya NFC, Boleh Tambah Nilai Guna ‘eWallet’
  • Cara Guna TnG eWallet Untuk Pembayaran Di App Store Dan Play Store
  • Selangor Terima Layanan ‘VVIP’ Untuk Pembangunan Infrastruktur Rangkaian 5G

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maklumat Mengenai Ujian Sistem Amaran Bencana Pada 19 November Adalah Palsu - MCMC
  • Malaysia Minta Penjelasan AS Berhubung Sekatan Cip AI, Siasat Dakwaan Eksport Semula - Johari
  • Nvidia Umum Hentikan Penghantaran Cip AI 'Hopper' Ke China
  • Kabel Optik Teras Berongga Hantar 128 Tbps Data Sepantas Cahaya Lebih 1,000KM
  • MCMC Minta Penjelasan Anthropic Berhubung Dakwaan Claude Diguna Untuk Pengaruhi Pengundi Malaysia
  • Saintis Cipta Sikat Elektronik Bantu Anda Tumbuhkan Semula Rambut
  • Robot Humanoid Di China ‘Berguru’ Dengan Manusia, Mula Lakukan Tugas Ringkas
  • Xiaomi Lancar 3 Peranti Boleh Pakai Baharu Di Malaysia, Harga Promosi Serendah RM199
©2026 WISER.MY